Skip to main content
Zizan baru sahaja kehilangan org yg tersayang

Disebabkan kondisi kesi-hatan neneknya yang mesra disapa sebagai Nenek Wan kurang stabil, pelakon dan pelawak, Zizan Razak sebelum ini telah bergegas pulang ke kampung halamannya di Dungun, Terengganu.

Zizan atau nama lengkapnya, Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, melalui satu hantaran status dalam Instagram, memberitahu perkara tersebut.

"Dengan rasa rendah diri Zizan ingin memohon semua supaya sama-sama mendoakan kesi-hatan nenek Zizan kembali sihat seperti sedia kala.

Dalam perkembangan terkini, Zizan memaklumkan yang Nenek beliau telah kembali menghadap ilahi

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak, 36, kehilangan nenek tercinta, Zainoon Abdullah yang mening-gal dunia di Dungun, Terengganu pada jam 11.57 pagi, hari ini.

Menerusi entrinya di Instagram, Zizan meminta doa daripada semua untuk disedekahkan kepada arwah.

"Al Fatihah buat Zainoon binti Abdullah yang baru sahaja menghem-buskan n4fas terakhir jam 11.57 am tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang orang yang beriman juga dipermudahkan segalanya" 

Zizan sebelum itu sempat berkongsi momen-momen terakhir ketika beliau sempat melawat nenek beliau di hospital

"Wan adik balik KL ya wan. Adik kene balik sebab shooting. Nanti adik balik Dungun lagi jumpa wan ok. Wan kene kuat sampai sihat. I love u wan" 

Dalam pada itu, ruangan komen pelakon filem Abang Long Fadil itu dihujani doa dzn ucapan takziah daripada netizen dan rakan artis seperti Anuar Zain, Datuk Aznil Nawawi, Umi Nazeera, Johan dan ramai lagi.

Terdahulu, Zizan pernah berkongsi sekeping foto dengan neneknya yang dibahasakan sebagai Nenek Wan sekitar 2018.

"Perkenalkan nenek Zizan. Kami semua panggil Nenek Wan atau One kekadang SonaOne," tulis Zizan pada kapsyen gambar yang dimuat naiknya.