Skip to main content
Zahirah MacWilson Ajar ‘Trick’ Guna Getah Rambut, Pregnant Tapi Nak Pakai Jeans

Sharing is caring!

Sudah menjadi lumrah seorang wanita hamil akan mengalami beberapa perubahan terutamanya bentuk fizikal. Malah mempunyai 'baby bump' juga menyukarkan para ibu untuk tampil bergaya memakai seluar jenis denim atau jeans. Siapa sangka dilema sama turut dialami oleh pelakon cantik Zahirah MacWilson yang kini sedang hamil 26 minggu.

BACA : [VIDEO] Tak Sangka Ini Reaksi Aiman Hakim Lepas Tahu Zahirah Macwilson Hamil..

Menerusi entri di Instagram, isteri kepada selebriti Aiman Hakim Ridza itu telah berkongsi satu trick untuk memakai jeans pada awal kehamilan setelah mempunyai baby bump. Dalam video tersebut, Zahirah dilihat memakai jeans yang masih muat di bahagian peha dan menggunakan getah rambut sebagai extender untuk membutangkannya.

18-24 minggu merupakan tahap kehamilan yang agak janggal untuk badan saya. Di mana tak nampak seperti sedang hamil tetapi sedar naik beberapa kilogram & membulat. Jadi saya guna cara ini untuk pakai jeans yang tak boleh dibuntungkan. Saya tak selalu pakai jeans, tapi seronok sebab ada trik boleh guna pengikat rambut ni. Sekarang saya dah lepas 26 minggu, jadi mungkin masanya untuk beli jeans mengandung.

https://www.instagram.com/p/CFzAgXZJe6y/

Tambah selebriti berusia 25 tahun ini, dia mahu menunggu beberapa minggu lagi sebelum membeli pakaian mengandung menyedari badannya semakin membesar. Meraih lebih 400 ribu tontonan, rata-rata netizen turut berterima kasih dengan trick yang diajar oleh Zahirah selain berseloroh akan mencubanya nanti.

Zahirah MacWilson Ajar 'Trick' Guna Getah Rambut, Pregnant Tapi Nak Pakai Jeans

Zahirah MacWilson Ajar 'Trick' Guna Getah Rambut, Pregnant Tapi Nak Pakai Jeans

Zahirah MacWilson Ajar 'Trick' Guna Getah Rambut, Pregnant Tapi Nak Pakai Jeans

Sumber : Instagram zahirahmacwilson

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!