Skip to main content
Yana Samsuddin Dedahkan Dia ‘Cedera’ Ketika Dalam Rancangan The Masked Singer. Yana Beritahu Bagaimana Perkara Itu Boleh Berlaku

Pelakon dan penyanyi Yana Samsudin mendedahkan terpaksa dikejarkan ke hospital pada minggu pertama rakaman program The Masked Singer Malaysia.

Ketika dihubungi Gempak, Yana, 36, menyatakan dia mengalami kecederaan pada bahagian bahu disebabkan kostum yang dipakainya iaitu ABC.

"Saya tiada pilihan untuk memilih kostum. Kostum yang sesuai untuk cover kandungan saya adalah ABC.

"Pada minggu pertama masa reheasel tu saya dah mula sakit bahu. Cawan pada kostum itu berat.

"Malam itu juga saya masuk hospital dalam pukul tiga pagi. Doktor cakap bahu saya bengkak. Saya rehat dulu pada minggu itu dan kemudiannya teruskan macam biasa," katanya.

Pelakon drama Suamiku Jururawat itu turut berkongsi kesukaran dia tidak boleh duduk dan terpaksa berdiri selepas mengenakan kostum ABC.

"Maskot ini tak semua orang boleh carry dengan baik. Nak berjalan susah, nak menari pun susah sebab terhad.

"Kalau saya dah pakai, memang tak boleh duduk. Sebab cawan tu berada di paras lutut. Jadi bila berjalan, cawan dengan lutut akan berlanggar.

"Tapi semua tu saya tak kisah pun sebab rasa seronok bila dapat sertai. Saya boleh la tunjuk pada Mateen (anak) nanti.

"Bagi saya program ini tak beri tekanan kalau nak dibandingkan dengan pertandingan nyanyian lain," katanya lagi.

View this post on Instagram

throwback ABC minggu pertama khas buat adik adik yang masih bersekolah yang menyanyikan lagu Ais Kacang 🤗🤗 huhuhu… Takleh lupa masa ni Cikgu Shahrul trainer vokal kitorang cakap, "yana… Lagu aper ko pilih ni? dah seminggu melekat cikgu nyanyi nyanyi lagu ais kacang ni kat rumah" 🤣🤣 hahaha sorry la cikgu… #TheMaskedSingerMalaysia 🎮 @yanasamsudinx

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on Oct 3, 2020 at 7:51pm PDT

Sementara itu minggu ketiga menyaksikan Rajah Brooke mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu Paku nyanyian asal Ara Johari.

ABC pula terpaksa akur tersingkir apabila berada pada kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.

Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

Program The Masked Singer Malaysia dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sumber : GEMPAK