Skip to main content
WhatsApp Sehari Dah Ajak Nikah, Ramai Cemburu Kisah Gadis Bercinta Lepas Kahwin

Sharing is caring!

Dalam urusan mencari jodoh, tiada siapa dapat menjangka apa yang akan berlaku. Mana tidaknya, bercinta berbelas tahun pun belum tentu berkahwin. Tapi perkenalan yang singkat atau tak terduga pula berakhir sampai ke jinjang pelamin. Samalah seperti kisah pengantin yang menjadi tumpuan ramai di TikTok ini.

BACA: 2 Bulan Telefon Boyfriend Rosak, Sekali Kantoi Bercinta Dengan Member Sendiri

Menerusi sebuah video di TikTok @mk.e_, pengantin wanita ini telah menceritakan kisahnya yang diajak berkahwin selepas sehari berbalas mesej di aplikasi WhatsApp. Ajakan itu telah pun disampaikan oleh seorang rakan lelaki yang juga satu tempat kerja dengannya. Dia juga menyangka ajakan itu cumalah main-main.

@mk.e_

Baru berWS sehari , malam to dh ajak kahwin , ingat main2 je , sekali tiba2 dah kahwin 🤭🤣

♬ original sound – Ripan Julian🇮🇩 – Ripan Julian🇮🇩

WhatsApp Sehari Dah Ajak Nikah, Ramai Cemburu Kisah Gadis Bercinta Lepas Kahwin 2

Perkenalan mereka bermula apabila wanita ini sendiri yang tidak segan silu meminta nombor telefon lelaki itu untuk berkenalan terlebih dahulu. Walaupun begitu, mereka bukanlah terus berkahwin pada masa itu juga. Kedua-duanya bertunang selama beberapa bulan sebelum selamat diijabkabulkan pada Julai lalu.

@mk.e_

♬ Kehadiranmu ( Cover) – Chika Lutfi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat cemburu melihat kisah mereka berdua yang bercinta selepas nikah. Malah, ada turut memuji tindakan lelaki berkenaan yang tanpa membuang masa terus ingin membawa hubungan itu ke tahap lebih serius.

WhatsApp Sehari Dah Ajak Nikah, Ramai Cemburu Kisah Gadis Bercinta Lepas Kahwin 3

WhatsApp Sehari Dah Ajak Nikah, Ramai Cemburu Kisah Gadis Bercinta Lepas Kahwin 4

WhatsApp Sehari Dah Ajak Nikah, Ramai Cemburu Kisah Gadis Bercinta Lepas Kahwin 5

Sumber: TikTok mk.e_ & Facebook mk.e_

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!