Skip to main content
Wanita Terlanjur Pun Berhak Dapat Peluang Berubah, Dialog Kamal Adli WIN Habis

Sharing is caring!

Drama adaptasi novel semakin lama semakin mendapat tempat dalam hati peminat di Malaysia. Terbaru, siri drama rantaian 'Perempuan Tanpa Dosa' yang diarahkan oleh Micheal Ang pula menjadi tumpuan ramai kerana mengetengahkan isu tentang maruah wanita yang kian meruncing zaman sekarang. Selain Kamal Adli dan Uqasha Senrose, ia turut dibintangi oleh ramai lagi pelakon berbakat seperti Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin dan Hilal Azman.

BACA: Drama Dedah Banyak Konflik Rumah Tangga, Watak Penyondol Da-kyung Takut Kahwin

Pada babak permulaan siri tersebut, watak Lily telah terlanjur dengan teman lelakinya iaitu Eddy. Apabila perkara itu terbongkar gara-gara disahkan hamil, bapanya iaitu Datuk Majid naik angin apabila Lily mencemarkan nama baik keluarga mereka dengan lelaki yang tak bertanggungjawab.

Sejak kejadian itu, Lily dilabel sebagai anak yang tak mengenang budi oleh bapa kandungnya sendiri. Namun begitu, watak Rizal tetap bersangka baik terhadap wanita tersebut. Malah dalam episod ketiga malam tadi, dialog yang dilontarkan olehnya terhadap golongan wanita sebegitu nyata cukup menyayat hati.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata peminat menyambut baik dan terharu dengan ayat tersebut. Walaupun manusia tak lari daripada buat kesilapan, tapi mereka setuju bahawa semua individu berhak diberikan peluang untuk berubah.

Wanita Terlanjur Pun Berhak Dapat Peluang Berubah, Dialog Kamal Adli WIN Habis 2

Wanita Terlanjur Pun Berhak Dapat Peluang Berubah, Dialog Kamal Adli WIN Habis 3

Wanita Terlanjur Pun Berhak Dapat Peluang Berubah, Dialog Kamal Adli WIN Habis 4

Sumber: IG kamaladli, uqashasenrose2 & bambam_studios

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!