Skip to main content
Wan Emir Bawa Mira Filzah Ke Pusara Ayahnya, Kata Kata Wan Emir Di Pusara Buat Ramai Rasa Sebak

SELEPAS hampir sebulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Mira Filzah, Wan Emir Astar membawa isterinya itu menziarahi pusara bapa iaitu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Menerusi Instagram, Wan Emir, 30, memberitahu dia masih mengingati amanah yang diberikan oleh arwah bapa dan berjanji akan menjaga ikatan perkahwinan sebaik-baiknya.

KATA KATA WAN EMIR DI PUSARA AYAHNYA

"Salam papa… Emir kenalkan Nur Amirah, anak perempuan papa… satu-satunya yang dipilih untuk saya dan saya untuknya. Saya akan mencintainya seperti mana papa menyayangi ibu, dengan penuh tanggungjawab dan semangat.

"Halalkan segalanya dan ampunkan dosa ibu, Emir dan adik-adik… serta kata-kata terakhir papa 'turn over a new leaf'.

"Maka izinkanlah Emir dan Amirah meneruskan kehidupan 'membina masjid' dengan keberkatan daripada segala bakti papa yang telah mendidik dan mengasihani Emir sejak lahirnya ke dunia ini," katanya.

Bersama kapsyen tersebut, Wan Emir berkongsi foto dia dan isteri serta keluarga menziarahi kubur bapa tersayang dan mengadakan majlis tahlil di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak pada Khamis lalu.

Mira Filzah, 27, dan suaminya Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 3 September lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Wan Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Dalam pada itu, Wan Emir berterima kasih kepada keluarga kerana sentiasa mendoakan yang terbaik sehingga mereka sah bergelar suami dan isteri.

"Terima kasih papa dan ibu, abah dan mak kerana anda semua ibu bapa yang sentiasa mendoakan dan memberi restu, sekarang ini kami suami dan isteri, mencari keredaan dan rahmat dari Allah SWT.

"Kami rindu papa… setiap hari. Jaga papa untuk kami Ya Allah!," ujarnya.

Foto kenangan… Wan Emir (dua dari kiri) bersama arwah bapa (tengah) dan tiga adiknya.

Bapa Wan Emir iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei 2016.

Allahyarham ketika itu merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Bukit Chandan, Perak.

View this post on Instagram

Majlis Tahlil Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar @ Masjid Ubudiah, Bandar Diraja Kuala Kangsar vc: @harizayiz

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar) on Oct 1, 2020 at 8:01am PDT

Sumber : MSTAR ONLINE