Skip to main content
(Video)”Datuk Hattan, Saya Masih Menanti Peluang Bersalaman Dengan Datuk”- Kapsyen Naim Daniel Undang Pelbagai Reaksi

Satu video daripada rancangan separuh akhir pertandingan nyanyian dimuat naik Naim Daniel di Instagram miliknya menyaksikan dia cuba bersalaman dengan Datuk Hattan.

Mungkin tidak perasan dengan tangan yang dihulur oleh Naim kepadanya, Datuk Hattan terus berlalu meninggalkan pentas begitu sahaja dan diikuti oleh gelak tawa oleh penyanyi di sebelah Naim.

"Assalammualaikum Datuk Hattan, saya dengan rendah dirinya menyatakan bahawa saya masih menanti peluang untuk bersalaman dengan Datuk.

"Tapi dah c0vid sekarang ni, kena patuh sop, tak dapatlah salam nampaknya," tulis Naim berseloroh.

View this post on Instagram

Assalammualaikum @dato_hattan , saya dengan rendah dirinya menyatakan bahawa saya masih menanti peluang untuk bersalaman dengan Dato'… Tapi dah covid sekarang ni, kena patuh sop, tak dapatlah salam nampaknya…. #purnamanaim

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on Oct 3, 2020 at 5:43am PDT

Ramai netizen yang ketawa dan ada juga yang seolah bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Naim ketika itu.

Bertabahlah Naim..

Pasti ada rezeki Naim…

Jarang tak kelakar Naim..

Lagu bertajuk Sump4h nyanyian Naim Daniel itu muncul juara dalam Anugerah Juara Lagu ke 34 yang berlangsung pada awal tahun ini.

Naim sekarang dalam rangka promosi lagu terbarunya berjudul Purnama.

Sumber: Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.