Skip to main content
[VIDEO] Wanita Berkumis Insecure Rasa Tak Lawa? Kecantikan Gadis Ini Mempesona

Sharing is caring!

Bagi lelaki, wajah yang ditumbuhi kumis, misai atau janggut memang perkara biasa. Tapi kalau tumbuh di muka perempuan, apa pula jadinya? Walaupun kedengaran pelik, namun sebenarnya ramai wanita di luar sana yang memiliki bulu-bulu di bahagian atas bibir dengan agak lebat. Ini sekali gus menjadi tarikan utama mata-mata orang apabila mereka berkomunikasi. Malangnya, sedikit sebanyak ia mengundang rasa insecure lagi-lagi jika mereka sering diusik kononnya mempunyai muka ala-ala lelaki.

BACA : [GAMBAR] Ini adalah Puteri Parsi Yang Buktikan Wanita Berkumis Tanda Kecantikan Abad Ke-19 Di Persia

Namun, keunikan tersebut bukanlah bermakna anda tidak cantik. Bahkan, ia tidak mengurangkan sedikit pun ciri-ciri feminin pada diri sendiri. Dalam sebuah video pendek yang viral ini, seorang gadis juga menarik perhatian ramai apabila dia begitu berkeyakinan mendedahkan mukanya yang berkumis. Bukan hanya sikit-sikit, malahan bulu berkenaan tampak seperti misai lelaki biasa. Akan tetapi, dia masih terlihat sangat manis dan meraih pujian lebih-lebih lagi apabila melemparkan senyuman ke arah kamera.

@austineee_j

Be my boo πŸ₯ΊπŸ‘‰πŸ‘ˆ #fyp #foryoupage

♬ original sound – OnDaDxsh

@austineee_j

come be lonely with me πŸ™ƒ #fyp

♬ remember to drink water – πŸŽƒ πšœπšπšŽπš•πš•πšŠ πŸŽƒ

Mungkin ada yang risau dengan keadaan bulu lebat di bahagian atas bibir, namun sebenarnya ia adalah perkara biasa sahaja. Mengikut istilah perubatan, situasi anggota tubuh wanita yang ditumbuhi banyak bulu juga digelar sebagai hirsutism. Ia kerap berlaku di fasa umur dalam waktu subur. Tapi andai kata pertumbuhan itu berterusan secara serius khususnya pada kanak-kanak yang belum matang atau sebelum usia perempuan menopause, doktor menyarankan anda membuat pemeriksaan lanjut.

[VIDEO] Wanita Berkumis Insecure Rasa Tak Lawa? Kecantikan Gadis Ini Mempesona 2 Gambar sekadar hiasan

Sumber : TikTok austinieee-j & Blog Dr Zubardi

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!