Skip to main content
[VIDEO] Ubah Lagu Jeffrydin Jadi Rock, Sharul Kamal Dinobat Juara Minggu Ke 6

Sharing is caring!

Rancangan 'Immortal Songs Malaysia' sudah masuk ke minggu yang ke 6. Program hiburan yang diadaptasi dari Korea Selatan itu menjadikan 'Lagu Lama Menyengat Semula' sebagai tema utama. Semalam seramai 6 orang selebriti telah pun menyahut cabaran untuk membawa lagu bernafas baru daripada penyanyi pop yeh yeh, Jeffryfin.

BACA: Wah, Shahrul AF Jumpa Kembar Neelofa Di Turki. Memang Sebijik

Membawakan lagu 'Seruling Anak Gembala', persembahan daripada Sharul Kamal telah berjaya memikat hati juri sekali gus mengangkat penyanyi itu sebagai pemenang. Penyanyi muda tersebut juga membawa kelainan dengan mengubah susunan muzik bergenre pop yeh yeh itu kepada rock. Alunan vokalnya yang mantap ditambah dengan gubahan lagu berlainan kedengaran cukup sempurna.

Meraih markah tertinggi secara keseluruhan, dia secara tak langsung telah menewaskan rakan penyanyi Haqiem Rusli. Sharul berhasil membuktikan genre rock yang dibawakan tidak merosakkan lagu asal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan sama sekali tidak menyangkal kemenangan yang diraih oleh artis tersebut. Mereka semua mengakui persembahan daripada Sharul sangat menarik serta menonjolkan kelebihan yang ada pada dirinya.

[VIDEO] Ubah Lagu Jeffrydin Jadi Rock, Sharul Kamal Dinobat Juara Minggu Ke 6 2

[VIDEO] Ubah Lagu Jeffrydin Jadi Rock, Sharul Kamal Dinobat Juara Minggu Ke 6 3

[VIDEO] Ubah Lagu Jeffrydin Jadi Rock, Sharul Kamal Dinobat Juara Minggu Ke 6 4

Sumber: Instagram TV3 Malaysia & Youtube TV9 Official 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!