Skip to main content
[VIDEO] Tragedi Ibu Nahas Depan Mata Sendiri, Ebit Lew Sebak Lawat Adik & Abang

Sharing is caring!

Beberapa hari terdahulu, tular di laman sosial ibu kandung mereka 'pergi' dalam satu insiden yang berlaku ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah.  Si abang sama sekali tidak menyangka nahas jalan raya yang berlaku hingga menyebabkan kesesakan itu melibatkan ahli keluarganya.

BACA: Kalau Tak Tolong, Nak Jawab Apa Kat Allah?- Ebit Lew Kongsi Ilmu Live Neelofa

Susulan itu, Ustaz Ebit Lew telah pun ke kediaman nenek kepada kedua-dua beradik itu di Kuantan untuk melawat mereka. Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram pendakwah bebas itu, si abang menangis teresak-esak sambil mendakap adiknya erat.

[VIDEO] Tragedi Ibu Nahas Depan Mata Sendiri, Ebit Lew Sebak Lawat Adik & Abang 2

[VIDEO] Tragedi Ibu Nahas Depan Mata Sendiri, Ebit Lew Sebak Lawat Adik & Abang 3

[VIDEO] Tragedi Ibu Nahas Depan Mata Sendiri, Ebit Lew Sebak Lawat Adik & Abang 4

Ustaz yang sebak melihat moment tersebut hanya mampu menenangkan mereka supaya terus kuat menjalani hidup walaupun tanpa ibu. Remaja berkenaan yang baru berusia 18 tahun sebelum ini pernah bekerja di kebun getah bagi membantu ibunya menyara keluarga kecil mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak serta simpati dengan nasib yang menimpa mereka berdua. Selain itu, mereka turut memuji tindakan pendakwah tersebut yang datang untuk menghulurkan sokongan moral dan juga sumbangan bagi meringankan beban ditanggung.

[VIDEO] Tragedi Ibu Nahas Depan Mata Sendiri, Ebit Lew Sebak Lawat Adik & Abang 5

[VIDEO] Tragedi Ibu Nahas Depan Mata Sendiri, Ebit Lew Sebak Lawat Adik & Abang 6

[VIDEO] Tragedi Ibu Nahas Depan Mata Sendiri, Ebit Lew Sebak Lawat Adik & Abang 7

Sumber: Instagram dan Facebook Ebit Lew

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!