Skip to main content
[VIDEO] “Tak Mau”-Dipaksa Nyanyi Atas Roller Coaster, Usop Menangis Nak Turun

Sharing is caring!

Nama Usop sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan masa kini. Penyanyi muda yang berasal dari Kedah ini sering menjadi perhatian ramai dengan kehebatan vokalnya. Tidak cukup dengan itu, bintang ini juga turut terkenal dengan sikapnya yang bersahaja dan juga selamba tatkala diwawancara.

BACA: Nyanyian Lelaki Ini Tangkap Perasaan, Usop Layak Ke Final Big Stage 2020

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim baru-baru ini bersama rakan peserta rancangan Big Stage 2020 telah pun diberikan tugasan untuk menyanyi sambil menaiki permainan roller coaster. Dari awal sampailah ke hujung permainan, penyanyi berusia 23 tahun itu berkeras untuk tidak mahu menyertai game tersebut.

[VIDEO] "Tak Mau"-Dipaksa Nyanyi Atas Roller Coaster, Usop Menangis Nak Turun 2

Video yang dipaparkan menerusi laman Instagram Official Ria X tersebut turut menunjukkan dia dan rakannya Farisha Irish diminta untuk menyanyikan lagu miliknya sendiri iaitu 'Selamanya. Namun sehinggalah permainan itu sampai ke penghujung, selebriti berkenaan tidak berhenti menjerit seperti hendak menangis serta turut menutup rapat matanya kerana berasa gayat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan reaksi yang telah ditunjukkan oleh Usop. Ada juga yang turut berasa kasihan dengan pelantun lagu 'Aku Yang Bersalah' itu apabila diusik sebegitu oleh pihak produksi.

[VIDEO] "Tak Mau"-Dipaksa Nyanyi Atas Roller Coaster, Usop Menangis Nak Turun 3

[VIDEO] "Tak Mau"-Dipaksa Nyanyi Atas Roller Coaster, Usop Menangis Nak Turun 4

[VIDEO] "Tak Mau"-Dipaksa Nyanyi Atas Roller Coaster, Usop Menangis Nak Turun 5

Sumber: Instagram Official Ria X

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!