Skip to main content
[VIDEO] “Sting Aku Yahuu”-Gadis Comel Ini Ajar Member Korea Cakap Slang Melayu

Sharing is caring!

Sebelum ini, gadis bernama Sabrina Azhar pernah tular di media sosial selepas memuat naik satu rakaman mengajar teman lelakinya yang berasal dari Korea bercakap dalam Bahasa Melayu. Moment 'sweet' mereka berdua telah berjaya mendapat perhatian ramai. Sekali lagi perkongsian video si cantik manis berkenaan tular, cuma kali ini giliran rakannya pula diajar perkataan yang cukup lucu.

BACA: Tukar Subtitle Korea Ke Melayu, Sketsa Abang Posmen Makcik Parcel Sumpah Lawak

Menerusi video yang telah dimuat naik di akaun TikTok @jpbrinx itu menunjukkan Sabrina mengambil kesempatan mengajar beberapa perkataan baru kepada rakan lelakinya. Memandangkan mereka sedang makan bersama di sebuah kafe, gadis tersebut meminta temannya untuk menyebut perkataan 'sedap'.

[VIDEO] "Sting Aku Yahuu"-Gadis Comel Ini Ajar Member Korea Cakap Slang Melayu 2

Walau bagaimanapun, gadis tersebut berseloroh dengan mengatakan ayat untuk makanan yang sangat sedap dalam Bahasa Melayu pula disebut sebagai 'sting aku yahuu'. Rakannya yang polos dan tidak tahu menahu tentang maksud perkataan berkenaan hanya tersenyum comel dan mengikut arahannya.

@jpbrinx

#stingakuyahuu @koreanhoon

♬ original sound – Sabrina 리나 – Sabrina 리나

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kenakalan gadis muda itu yang sempat mengusik kawannya. Bukan itu sahaja, ramai juga yang cemburu apabila melihat keakraban persahabatan antara dua negara tersebut.

[VIDEO] "Sting Aku Yahuu"-Gadis Comel Ini Ajar Member Korea Cakap Slang Melayu 3

[VIDEO] "Sting Aku Yahuu"-Gadis Comel Ini Ajar Member Korea Cakap Slang Melayu 4

[VIDEO] "Sting Aku Yahuu"-Gadis Comel Ini Ajar Member Korea Cakap Slang Melayu 5

Sumber: TikTok @jpbrinx

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!