Skip to main content
[VIDEO] “Semua Nak Perfect”-Anak Depresi Tamatkan Nyawa Kerana Ibu Bapa Toxic

Sharing is caring!

Dengan cara bertegas, tidak dinafikan anak-anak akan mudah dibentuk peribadinya. Namun malang sekali, ramai ibu bapa zaman kini dilihat seakan-akan toxic dalam mendidik anak sehingga mencetuskan masalah depresi yang serius. Bermula dengan sikap terlalu takut kepada parents sendiri, anak juga akan mula menjauhkan diri selain merasakan diri tidak berguna. Sukar dipercayai, namun situasi sedemikian rupa turut membuatkan seorang individu ini nekad 'menamatkan' nyawanya sendiri.

BACA : Selalu Pendam Masalah Sendiri Enggan Luahkan, Wanita Ajal Akibat Terlalu Stress

[VIDEO] "Semua Nak Perfect"-Anak Depresi Tamatkan Nyawa Kerana Ibu Bapa Toxic 2 Gambar sekadar hiasan

Dalam perkongsian sebuah akaun TikTok, dia mengabarkan bahawa seorang rakannya telah pergi buat selama-lamanya kerana stress dengan sikap ibu ayahnya sendiri. Menurut kisah yang didedahkan, kedua-dua penjaga itu berpewatakan terlalu tegas, tidak mengizinkannya keluar menghabiskan masa bersama kawan, suka menyalah-nyalahkan selain berharap anaknya perfect dalam segala hal. Akibat tidak dapat lagi menanggung tekanan terbabit, dia nekad mencederakan diri sendiri sehingga nyawanya melayang.

@theuglylipsone

#MakeAFace #fypシ tolong sedekahkan Al fatihah untuk sahabat saya ☺️

♬ Follow – Leo

[VIDEO] "Semua Nak Perfect"-Anak Depresi Tamatkan Nyawa Kerana Ibu Bapa Toxic 3 Gambar sekadar hiasan

Mengambil ikhtibar daripada kejadian tersebut, dia mengingatkan ibu bapa di luar sana supaya tidak terlalu mengawal anak sehingga mencetuskan tekanan hidup. Memetik perkongsian yang pernah dibicarakan oleh Ustazah Asma' Harun, beliau juga memberitahu bahawa sikap terlalu tegas atau garang dengan anak boleh membuatkan hubungan silaturrahim menjadi jauh. Ketika ini, anak-anak akan merasa terasing dan mula menjauhkan diri tambahan pula apabila ibu ayah tidak berhenti memarahi mereka.

[VIDEO] "Semua Nak Perfect"-Anak Depresi Tamatkan Nyawa Kerana Ibu Bapa Toxic 4

[VIDEO] "Semua Nak Perfect"-Anak Depresi Tamatkan Nyawa Kerana Ibu Bapa Toxic 5 Gambar sekadar hiasan

Sumber : TikTok theuglylipsone & Facebook Ustazah Asma' Harun

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!