Skip to main content
[VIDEO] “Nak Mintak Duit Rayalah Tu”-Kucing Pandai Salam Orang Curi Perhatian

Sharing is caring!

Ramai daripada kita memilih kucing untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Sifatnya yang sangat manja dan juga comel membuatkan ia sering disayangi. Bukan itu sahaja, kadang-kadang gelagat haiwan ini turut tidak dapat diramal. Samalah juga seperti seekor kucing belaan milik warga emas ini yang tular di media sosial.

BACA: Acah Bagus Urut Belakang Nenek, Keletah Si Oyen Kaki Bodek Bikin Dekah

Menerusi perkongsian video di laman Twitter @shyrashrdn, kucing berwarna coklat itu dengan selamba sahaja menghulurkan kaki hadapannya untuk bersalaman apabila diminta untuk berbuat demikian. Malah bukan itu sahaja, 'si bulus' tersebut juga turut menerima kucupan dari tuannya setelah menghalakan kepalanya. Kedua-duanya kelihatan sangat mesra malah haiwan itu seolah-olah memahami setiap tutur kata lelaki berkenaan kepadanya.

Kucing atok aku ni boleh salam org. Korang punya kucing boleh salam tak?🤣 pic.twitter.com/1uwagDQHE0

— – (@shyrashrdn) October 4, 2020

Secara keseluruhannya, video yang dimuat naik itu telah meraih lebih 280 ribu jumlah tontonan berserta 22 ribu retweets. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan kucing berkenaan. Ada yang sempat berseloroh mengatakan gayanya seperti sedang meminta duit raya. Selain itu, ramai turut berkongsi gelagat haiwan peliharaan mereka yang mempunyai sikap lebih kurang sama dengan 'si meow' tersebut.

[VIDEO] "Nak Mintak Duit Rayalah Tu"-Kucing Pandai Salam Orang Curi Perhatian 2

[VIDEO] "Nak Mintak Duit Rayalah Tu"-Kucing Pandai Salam Orang Curi Perhatian 3

[VIDEO] "Nak Mintak Duit Rayalah Tu"-Kucing Pandai Salam Orang Curi Perhatian 4

Sumber: Twitter Shyrashrdn

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!