Skip to main content
(Video) Nabil Ahmad sekeluarga buat ujian ‘swab test’ sebab ini…

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad kini menjalani kuar4ntin kendiri dirumahnya.

Nabil mengambil keputusan untuk membuat ujian calitan atau swab test kerana pernah mempunyai sejarah kunjungan di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya yang dimaklumkan terkesan dari kes C0VID 19.

Menurutnya, selepas menerima notis pusat beli-belah itu mempunyai kes, dia terus memanggil pasukan swab-test swasta untuk melakukan ujian.

"Kami dapat tahu semalam (Isnin) jadi kami terus buat keputusan untuk menghubungi pasukan swab-test swasta untuk melakukan ujian," katanya.

"Bukan saya sahaja, ahli keluarga saya dan orang gaji saya juga menjalani ujian tersebut sebagai langkah berjaga-jaga," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.

Buat masa ini, pengacara yang popular dengan program realiti, Gegar Vaganza itu sihat dan tidak mempunyai sebarang simptom.

Namun, pelawak berusia 37 tahun itu tetap mahu menjalankan ujian tersebut kerana tugasnya yang memerlukannya berjumpa ramai orang lebih-lebih lagi program Gegar Vaganza akan bermula tidak lama lagi.

Pada masa sama, Nabil memberitahu keputusan C0VID-19 beliau akan diperolehi esok pagi dan meminta semua masyarakat Malaysia mendoakan kesejahteraanya bersama keluarga.

Nabil yang juga pengacara program Meletop juga tidak menghadiri program mingguan itu namun hanya akan dihubungi melalui panggilan video.

Semoga tiada apa-apa yang berlaku kepada Nabil Ahmad dan keluarga.

View this post on Instagram

Mmg muka swab test mcm ni eh rupa dia??Kalau masuk news, shoot muka ni yang dorang highlight ni.

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on Oct 5, 2020 at 8:35pm PDT

Sumber: Awani, Nabilzira IG

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.