Skip to main content
[VIDEO] Kaki Lumpuh Dizalimi Manusia, Kucing Comel Mengesot Ini Undang Sayu

Sharing is caring!

Walaupun tak mempunyai akal, semua jenis haiwan di muka bumi ini berhak menjalani hidup dengan selesa dan sempurna. Walaupun bersaiz lebih kecil atau tak mampu menyaingi kekuatan manusia, namun itu tak bermaksud kita boleh menyakiti ciptaan Tuhan yang lain dengan sewenang-wenangnya. Samalah seperti nasib seekor kucing yang telah mencuri tumpuan ramai menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini.

BACA: Tengah Drive Cuak Ada Bunyi Mengiau, Rupanya Anak Kucing Tersangkut Di Absorber

Dalam paparan berdurasi 14 saat tersebut, kucing kelabu terbabit dilihat hanya mampu mengesot gara-gara 2 kaki belakangnya lumpuh atau tidak dapat berfungsi dengan baik. Menurut perakam video berikut, 'si bulus' berkenaan merupakan antara sekumpulan haiwan jalanan yang diselamatkan sekali gus memperoleh 'rumah' baru untuk berlindung. Individu itu turut mempersoalkan sikap manusia yang tergamak melakukan kecederaan sedemikian rupa.

@abbie_644

This is a stray cat,it has been rescued so far,it is a happy life in the new home.#straycat #cutekitty #cats #catsoftiktok #abbie_644

♬ ily (i love you baby) – Surf Mesa

Secara keseluruhannya, video berkenaan telah meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan setakat ini. Selain tak sampai hati melihat keadaannya yang lemah tersebut, rata-rata netizen malah berharap agar 'si meow' terbabit cekal meneruskan hidup walau serba kekurangan. Dalam pada itu, mereka turut berterima kasih kepada pihak yang sudi membela haiwan bernasib malang seperti kucing ini.

[VIDEO] Kaki Lumpuh Dizalimi Manusia, Kucing Comel Mengesot Ini Undang Sayu

[VIDEO] Kaki Lumpuh Dizalimi Manusia, Kucing Comel Mengesot Ini Undang Sayu

[VIDEO] Kaki Lumpuh Dizalimi Manusia, Kucing Comel Mengesot Ini Undang Sayu

Sumber: TikTok abbie_644

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!