Skip to main content
[VIDEO] Joget Hindustan, Lelaki Terkedek Lari Bila Sedar Kucing Rupanya Anjing

Sharing is caring!

Dengan kewujudan aplikasi TikTok, kini ramai orang gemar menghasilkan video menarik dengan selamba tanpa mengira masa atau tempat. Tidak ketinggalan, itulah yang dilakukan oleh seorang pengguna TikTok dengan akaun @kangherman ini. Namun siapa menduga, detik ketika dia sedang merakam diri sendiri akhirnya ditamatkan dengan tragedi lucu. Sejak dimuat naik pada semalam, gelagatnya sudah meraih lebih 150 ribu tontonan daripada netizen.

BACA : [VIDEO] Cuak Dikejar Anjing Berkerumun, Lelaki Malang Sampai Jatuh Tersadung

Dapat disaksikan, lelaki hitam manis ini sedang berada di sebuah kawasan dipenuhi pohon kelapa. Dengan irama lagu Hindustan, dia dengan ligat mula berjoget dengan rentaknya sendiri. Dalam masa sama, terdapat seekor anak anjing comel yang turut berlegar-legar di sekitar tempat berkenaan. Namun, kewujudan haiwan itu masih belum disedari olehnya sehinggalah selepas beberapa saat.

[VIDEO] Joget Hindustan, Lelaki Terkedek Lari Bila Sedar Kucing Rupanya Anjing 2

Dalam posisi dirinya masih berjoget, dia akhirnya membuka mata dan tampak sedikit terkejut apabila melihat kelibat si anjing yang pada awalnya disangka sebagai kucing. Terkenal dengan sifat manja, binatang tersebut mula mengejarnya secara perlahan di belakang. Dalam keadaan lari-lari anak, dia mulakan langkah ala-ala 'manja' namun masih lagi dikejar oleh si comel tersebut. Melihat kejadian itu, netizen mengakui gagal menahan ketawa selain berseloroh barangkali ia mahu 'bersahabat'.

@kang_herman2

kupikir kucing, rupanya anak anjinπŸ•

♬ original sound – 𝕃•π•Š`°π”½β„π•†β„•π”Έ β„π•†π•Šβ„π”Έβ„• – 𝕃•π•Š`°π”½β„π•†β„•π”Έ β„π•†π•Šβ„π”Έβ„•

[VIDEO] Joget Hindustan, Lelaki Terkedek Lari Bila Sedar Kucing Rupanya Anjing 3

[VIDEO] Joget Hindustan, Lelaki Terkedek Lari Bila Sedar Kucing Rupanya Anjing 4

[VIDEO] Joget Hindustan, Lelaki Terkedek Lari Bila Sedar Kucing Rupanya Anjing 5

Sumber : TikTok kangherman2

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!