Skip to main content
[VIDEO] Gubahan Buah Terlalu Power, Suami Takut Nak Try Masakan Tasha Shilla

Sharing is caring!

Aktres anggun Tasha Shilla kini semakin terkenal dalam industri hiburan tanah air. Telah melangsungkan perkahwinan sejak lapan bulan yang lepas, dia dilihat bahagia di samping suami tercinta iaitu Muhammad Atiq Idris. Walaupun tak begitu lincah di dapur, namun Tasha cukup bertuah kerana suaminya tidak kekok dalam membantunya dalam urusan rumah tangga.

BACA : 'Si Bulus' Teman Tuan Masak Di Dapur, Sampai Tak Sedar Bontot Sendiri Terbakar

[VIDEO] Gubahan Buah Terlalu Power, Suami Takut Nak Try Masakan Tasha Shilla 2

Baru-baru ini, suami isteri tersebut telah membuat kemunculan menerusi rancangan 'Masak Apa tu?'. Siapa sangka, gelagat lucu 'love bird' ini mencuri perhatian penonton. Menerusi cabaran pertama, mereka ditugaskan untuk membuat gubahan buah. Tampil kreatif dengan idea masing-masing, Atiq menggubah buah-buahan tersebut mengikut tema 'rocket fruit'. Menginspirasi daripada kisah romantis mereka, Tasha menamakan pencuci mulut tersebut sebagai 'Bunga-Bunga Cinta Kembang Semangkuk'.

Dalam cabaran kedua, mereka ditugaskan untuk memasak juadah asam pedas yang berasal dari Thailand iaitu 'Kengsom'. Apa yang melucukan adalah gelagat selamba suami kepada selebriti berusia 33 tahun ini dalam menunjukkan skil masakannya. Meskipun cara masakannya dikritik oleh juri jemputan iaitu Bell Ngasri, namun Atiq begitu yakin dengan hidangannya. Di samping terhibur melihat gelagat selamba suami isteri ini, rata-rata netizen kagum melihat kepakaran Tasha dalam bidang masakan.

[VIDEO] Gubahan Buah Terlalu Power, Suami Takut Nak Try Masakan Tasha Shilla 3 [VIDEO] Gubahan Buah Terlalu Power, Suami Takut Nak Try Masakan Tasha Shilla 4 [VIDEO] Gubahan Buah Terlalu Power, Suami Takut Nak Try Masakan Tasha Shilla 5

Sumber : Instagram tashashilla, YouTube

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!