Skip to main content
[VIDEO] Bukan Senang Jadi Dulang Boy, Baru Nak Beraksi Ada Yang Terlondeh Pula

Sharing is caring!

Setiap kali berlangsungnya majlis perkahwinan, 1001 kejadian lucu atau tak terduga boleh berlaku di depan mata. Daripada tersasul sewaktu melafazkan akad dan sarungkan cincin hinggalah ke sesi photoshoot, kesemua moment spontan beginilah yang akan dikenang sampai bila-bila. Itulah yang terjadi juga sewaktu majlis pernikahan antara pengantin 2 merpati sejoli ini.

BACA: [VIDEO] Pengantin Feeling Shoot Tepi Tasik, Pemuda Terbalik Kayak Bikin Dekah

Alhamdullilah, selamat diijabkabulkan bersama @AfifahMohd. Bersyukur majlis berlangsung dengan lancar. Mohon doa agar perkahwinan kami dirahmati-Nya hingga akhir hayat pic.twitter.com/JaLrQbaNg7

— Ahnaf (@naffyboy) October 3, 2020

Sebelum sah diijabkabulkan bersama isteri tercinta, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Ahnaf ini telah ternampak satu insiden yang sangat melucukan. Ketika rombongan pihak lelaki ingin masuk ke rumah pengantin wanita, sampin salah seorang rakannya yang juga berperanan menjadi 'dulang boy' telah terlucut. Apa yang lebih melucukan, lelaki tersebut juga dilihat mengeluh kecewa mungkin kerana tak sempat nak selamatkan keadaan itu gara-gara memegang barang hantaran.

Nervous nak bernikah terus hilang bila ada moment lawak dari dulang boy @kerenselvam 🤣 pic.twitter.com/OOfotyGvdW

— Ahnaf (@naffyboy) October 3, 2020

Terus tular sebaik dikongsikan, babak spontan itu telah meraih lebih 4 ribu retweets dan 70 ribu jumlah tontonan setakat ini. Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen akui sangat terhibur melihat dugaan yang dihadapi oleh 'dulang boy' tersebut. Dalam pada itu, mereka turut berseloroh mengatakan mujurlah bukan seluarnya yang terlucut semasa video tersebut dirakam.

[VIDEO] Bukan Senang Jadi Dulang Boy, Baru Nak Beraksi Ada Yang Terlondeh Pula

[VIDEO] Bukan Senang Jadi Dulang Boy, Baru Nak Beraksi Ada Yang Terlondeh Pula

[VIDEO] Bukan Senang Jadi Dulang Boy, Baru Nak Beraksi Ada Yang Terlondeh Pula

Sumber: Twitter naffyboy

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!