Skip to main content
[VIDEO] “Bukan Mat Salleh”-Miliki Mata Menawan Warna Biru, Budak 6 Tahun Viral

Sharing is caring!

Berbanding orang di Barat, kebanyakan masyarakat Asia memiliki warna kulit yang sedikit hitam-hitam manis. Di bahagian mata pula, kita ternampak begitu menawan dengan rona coklat keperang-perangan. Namun berbeza pula anugerah terindah yang dikurniakan kepada seorang kanak-kanak perempuan di Pekanbaru, Riau, Kepulauan Sumatera ini. Tinggal di bahagian timur, Dzakira Azizi Naqiya memiliki sepasang mata berwarna biru yang cukup menawan sehingga mencuri hati ramai orang.

BACA : Budak Perempuan Ini Dinobatkan Sebagai Budak Perempuan Paling Cantik di Korea

Tatkala ramai menyangka kanak-kanak comel berusia 6 tahun ini memiliki keturunan Mat Salleh, siapa menduga kecantikan itu diwarisi daripada nenek moyangnya sendiri. Menurut liputan daripada pihak media di sana, ayahnya mendedahkan mereka tidak mempunyai sebarang masalah penglihatan meskipun warna mata keluarga ini sedikit berbeza. Menurut pakar perubatan pula, situasi berkenaan telah dikenali sebagai 'haterochromia'.

Akan tetapi, pemilik mata sebegini tidak perlu risau kerana ia tidaklah menjejaskan kesihatan. Justeru itu, golongan tersebut tidak berkeperluan untuk menjalani sebarang pemeriksaan atau rawatan lanjut. Atas faktor genetik, bakal anak kepada gadis kecil tersebut juga dijangka akan mewarisi keindahan mata berona biru tersebut di masa hadapan nanti.

Sumber : YouTube Riau Pos & Instagram Makassar Info

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!