Skip to main content
[VIDEO] Berjam-Jam Pakai Sut PPE, Frontliner Sesak Nafas Rebah Bawah Meja

Sharing is caring!

Gara-gara peningkatan mendadak jumlah rekod positif Covid-19 sehingga lebih 267,000 di Indonesia, perkara ini sekali gus para frontliners terpaksa memikul tanggungjawab besar. Mana tidaknya, bilangan penduduk yang terlampau ramai selain sikap masyarakat yang enggan mematuhi SOP nyata menyukarkan usaha pembendungan wabak.

BACA : Jemput Individu COVID-19 Di Rumah, Frontliner Indonesia Terkilan Dilumur Najis

Demi membuka mata ramai, seorang petugas bernama Puji Ismalita sempat berkongsi sebuah klip video di aplikasi TikTok tentang keadaan di salah sebuah pusat rawatan di republik tersebut. Dia mendedahkan pengorbanan besar barisan hadapan yang kini menyaring beratus-ratus sampel COVID-19 diterima setiap hari. Walaupun terpaksa berhadapan cabaran tersebut, mereka tetap bersemangat demi kesejahteraan rakyat.

Lebih meruntun jiwa lagi apabila mereka yang ditugaskan di bahagian makmal terpaksa memakai sut Peralatan Pelindungan Peribadi (PPE) sehingga berjam-jam lamanya. Susulan itu, mereka turut mengalami sesak nafas dan kepanasan sehingga ada yang rebah di lantai.

@pujiismalita

♬ original sound – Rio Ardhillah🇮🇩 – Rio Ardhillah🇮🇩

Meraih lebih 800 ribu tontonan setakat ini, klip video tersebut turut dihujani dengan pelbagai reaksi netizen. Rata-rata mereka meluahkan rasa simpati melihat keadaan frontliner yang bergelimpangan seperti itu. Tidak terkecuali juga ada yang memuji semangat para petugas barisan hadapan yang sanggup berkorban segalanya demi mengekang pandemik ini.

[VIDEO] Berjam-Jam Pakai Sut PPE, Frontliner Sesak Nafas Rebah Bawah Meja 3

[VIDEO] Berjam-Jam Pakai Sut PPE, Frontliner Sesak Nafas Rebah Bawah Meja 4

[VIDEO] Berjam-Jam Pakai Sut PPE, Frontliner Sesak Nafas Rebah Bawah Meja 5

Sumber : TikTok pujiismalita

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!