Skip to main content
[VIDEO] Belum Sempat Naik Pelamin, Pengantin Lelaki Temui Ajal Lepas Akad

Sharing is caring!

Mungkin inilah yang dikatakan ajal, jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan. Tiada siapa akan menyangka hari bersejarah yang dinanti-nantikan sekelip mata akan bertukar menjadi duka. Situasi itulah yang dilalui oleh seorang pengantin baru ini di Indonesia apabila terpaksa menerima takdir pemergian suami di hari bahagia mereka.

BACA: Nikah 2 Hari Lepas PKP, Adik Ipar Nekad Naik Pelamin Walau Bunting 6 Bulan

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @erdetanjung15, kedua-dua pengantin belum sempat untuk bersanding di pelamin apabila lelaki berkenaan tiba-tiba kejung serta tidak dapat duduk ataupun berdiri. Sejurus dibawa ke pusat perubatan terdekat, lelaki itu tidak berjaya diselamatkan sekali gus  menghembuskan nafas yang terakhir.

@erdetanjung15

semoga adik ku selalu diberikan kekuatan untuk ujian ini… tidak sempat bersanding di pelaminan, suaminya meninggal dunia….semoga Husnul khatimah

♬ original sound – @ERdeTanjung – @ERdeTanjung

@erdetanjung15

walaupun cuma sebentar, pengabdiannya merawat dan mengurus suami… insyaallah Allah akan balas dengan kebaikan… alfatihah 😢😢😢🤲😭

♬ bunyi asal – ShaifulShza(WC) – ShaifulShza(WC)

Sebelum itu, si suami tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh sewaktu upacara akad nikah berlangsung. Memandangkan semua persiapan telah pun dilakukan, pengantin perempuan tabah teruskan majlis dengan bersanding berseorangan serta melayan tetamu di atas pelamin.

@erdetanjung15

Belum sempat menikmati masa-masa bahagia nya..di hari resepsi pernikahan adik ku… suami nya meninggal kan nya untuk selamanya… semoga adik ku kuat

♬ Kemarin – Seventeen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kelihatan turut bersedih serta bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu. Ada juga yang mengambil kesempatan mendoakan semoga perempuan berkenaan diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan tersebut. Video berkenaan telah mendapat 64 ribu jumlah tontonan dan juga tular di aplikasi TikTok.

[VIDEO] Belum Sempat Naik Pelamin, Pengantin Lelaki Temui Ajal Lepas Akad 2

[VIDEO] Belum Sempat Naik Pelamin, Pengantin Lelaki Temui Ajal Lepas Akad 3

[VIDEO] Belum Sempat Naik Pelamin, Pengantin Lelaki Temui Ajal Lepas Akad 4

Sumber: TikTok Erdetanjung15

Sharing is caring!