Skip to main content
[VIDEO] Baru Nak Test Power Menjala Ikan, Sekali Kain Pelikat Nyaris Terlondeh

Sharing is caring!

Selain daripada memancing, aktiviti menjala juga menjadi kegilaan ramai terutamanya golongan lelaki. Walaupun kadang-kadang terpaksa pulang hingga lewat malam, namun ia tidak akan menjadi masalah asalkan hobi tersebut tertunai. Namun aspek keselamtan tetap perlu diambil berat sekiranya tidak, tak mustahil akan berlaku insiden seperti yang dialami lelaki ini.

BACA : [VIDEO] Bukan Senang Jadi Dulang Boy, Baru Nak Beraksi Ada Yang Terlondeh Pula

Menerusi rakaman yang hangat di aplikasi TikTok, seorang pemuda telah mencuri tumpuan ramai ketika sedang menjala ikan di sebuah kolam. Berbeza daripada kebiasaan, dia yang memakai kain sarung dan t-shirt berwarna ungu itu dilihat ligat menunjukkan skil tersendiri. Namun belum sempat melemparkan jaring tersebut, tiba-tiba satu kejadian lucu telah berlaku.

[VIDEO] Baru Nak Test Power Menjala Ikan, Sekali Kain Pelikat Nyaris Terlondeh 2

Gara-gara gagal seimbangkan diri, dia akhirnya tersungkur masuk ke dalam kolam. Terkejut dengan situasi itu, dia lantas berenang ke tepi sambil menahan malu. Bukan sahaja digelak oleh si perakam, malahan pemuda yang kebasahan itu sempat mentertawakan dirinya sendiri.

@bangciknizam

Teknik ni tak sempat belajar…ini geng² sipoo dah ni..🤣😂… #menjala #skill #padu #fyp #haha

♬ original sound – Bₐₙg Cᵢₖ ₙᵢzₐₘ 🇲🇾 – Bₐₙg Cᵢₖ ₙᵢzₐₘ 🇲🇾

Meraih lebih 150 ribu tontonan sejak dikongsikan kepada umum, klip video tersebut turut dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Di samping terhibur menyaksikan moment melucukan itu, rata-rata mereka sempat berseloroh mengenai kain sarung yang dipakainya terlucut.

[VIDEO] Baru Nak Test Power Menjala Ikan, Sekali Kain Pelikat Nyaris Terlondeh 3 [VIDEO] Baru Nak Test Power Menjala Ikan, Sekali Kain Pelikat Nyaris Terlondeh 4 [VIDEO] Baru Nak Test Power Menjala Ikan, Sekali Kain Pelikat Nyaris Terlondeh 5

Sumber : TikTok bangciknizam

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!