Skip to main content
(Video) Bantu Siswa ‘Duit Hangus’ Susulan KPT Tangguh Pendaftaran, Maszlee Malik Lancar ‘Croud Fund’

Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan arahan terkini menyarankan agar semua Insitut Pengajian Tinggi (IPT) menangguhkan sesi pendaftaran pelajar baharu.

Bagaimanapun, menterinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad mencadangkan agar sesi pendaftaran tersebut dijalankan secara dalam talian dan keputusan dr4stik itu dibuat berikutan kadar kes jangk1tan C0VID-19 didapati meningkat akhir-akhir ini.

Sehubungan itu, ramai bakal siswa yang sepatutnya dijadualkan akan mendaftar minggu ini akur dengan arahan tersebut, dalam masa sama ada antara mereka yang terkes4n kerana keh4bisan wang, tiada tempat tinggal sementara dan sebagainya.

Boleh dikatakan isu ini mendapat perhatian di hati netizen, lalu pelbagai saluran bantuan ditawarkan kepada bakal siswa ini secara terbuka, semuanya bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas.

Terbaharu, bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik turut melancarkan kutipan sumbangan awam buat bakal siswa ini.

Ramai yang menghubungi saya dan memohon pelbagai bantuan, dari duit tambang tiket bas, keretapi, kapal terbang sehinggalah kepada duit bayaran semula penginapan hotel ibu-bapa mereka yang hangus terbakar begitu sahaja.

— Maszlee Malik 🇲🇾 (@maszlee) October 2, 2020

Untuk mereka yang mahu menyumbang boleh salurkan wang ke Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan di nombor akaun;

Maybank: 5647-1752-7213 pic.twitter.com/Kyv31NiNXh

— Maszlee Malik 🇲🇾 (@maszlee) October 2, 2020

Terima kasih kepada semua yang menyumbang. Saya mohon disebarkan makluman ini agar lebih ramai anak-anak siswa yang dapat kita semua bantu.

Salam hormat, #rakyatjagarakyat & #siswajagasiswa

YB Dr Maszlee Malik 2 Oktober 2020

— Maszlee Malik 🇲🇾 (@maszlee) October 2, 2020

Perkembangan terkini

Terbaharu, Dr. Maszlee berkongsi perkembangan terkini mengenai permohonan bantuan serta sumbangan awam yang terkumpul setakat 9 pagi ini.

Update perkembangan terkini sumbangan yang saya telah lancarkan malam tadi.

Sehingga pagi ini, sebanyak 3695 permohonan diterima daripada anak siswa.

Manakala sebanyak RM 43,998.29 telah disumbangkan oleh orang ramai.

Oleh kerana terlalu banyak permohonan, saya menyeru semua untuk terus menyebarkan usaha ini supaya lebih ramai orang dapat menyumbang.

Untuk mereka yang mahu menyumbang boleh salurkan wang ke Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan di nombor akaun;

Maybank: 5647-1752-7213

Ini adalah untuk memastikan lebih ramai permohonan dapat kita proses untuk diberikan bantuan.

InshaAllah, 100 penerima kumpulan pertama akan kita usahakan untuk menerima bantuan pada hari ini juga. Ini akan kita maklumkan sekitar jam 1 tengah hari nanti.

Terima kasih Malaysia sekali lagi. #Rakyatjagarakyat #Siswajagasiswa

YB Dr Maszlee Malik 3 Oktober 2020

Sumber: Twitter, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.