Skip to main content
[VIDEO] Bahana Kacau Orang Kuat Melatah,Tak Pasal Dato’ AC Mizal Terjerut Leher

Sharing is caring!

Sikap melatah adakalanya sangat menghiburkan hati. Semakin galak mereka yang suka melatah ini diusik, semakin menjadi-jadi latah itu sehinggakan adakalanya boleh bertindak di luar kawalan. Itulah antara aksi-aksi yang ditunjukkan oleh kumpulan peserta rancangan terbitan Astro, 'Opocot Melatah Budak Pejabat'.

BACA: [VIDEO] Sempat Ruqyah & Tibai Orang Sebelah, Aksi Melatah Wanita Bikin Tawa

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram Dato' AC Mizal yang juga pengacara rancangan tersebut dilihat sedang seronok mengusik para peserta. Peserta-peserta itu terdiri daripada beberapa orang selebriti tanah air seperti Nazia Mustafar, Ieda Moin, Nadya Syahera dan ramai lagi.

[VIDEO] Bahana Kacau Orang Kuat Melatah,Tak Pasal Dato' AC Mizal Terjerut Leher

Video berkenaan memaparkan mereka tidak dapat berhenti melatah sambil salah seorangnya memegang seutas tali leher dan beraksi seolah-olah ia adalah merupakan seekor ular. Lantas, pengacara popular tersebut tidak henti-henti mengusik mereka berkali-kali sehingga akhirnya terjerut dengan tie yang telah dipegang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat sangat terhibur dengan gelagat mereka yang membuatkan ramai tak kering gusi. Ada juga yang berasa kasihan dengan peserta berkenaan kerana mereka pastinya letih apabila diusik sebegitu.

  [VIDEO] Bahana Kacau Orang Kuat Melatah,Tak Pasal Dato' AC Mizal Terjerut Leher

[VIDEO] Bahana Kacau Orang Kuat Melatah,Tak Pasal Dato' AC Mizal Terjerut Leher

[VIDEO] Bahana Kacau Orang Kuat Melatah,Tak Pasal Dato' AC Mizal Terjerut Leher

Sumber: Instagram Dato' AC Mizal 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!