Skip to main content
Video Akak Jamaliah Sangka Sissy Imann Adalah Zizy Kirana Jadi Tular, Sekarang Zizi Nak Jumpa Akak Jamaliah

PENYANYI lagu Eh iaitu Zizi Kirana mencari pemanggil wanita dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) yang tersilap menyangka lagu tersebut dinyanyikan oleh Sissy Imann.

Terhibur dengan gelagat spontan individu berkenaan, Zizi memberitahu dia kini sedang mencari pemanggil yang dikenali Jamaliah Mohamad dari Taiping, Perak itu.

"Saya sebenarnya terhibur dengan kakak Jamaliah ni, comel sangat sampai tersalah penyanyi. Kalau ada peluang saya nak berborak dengan kakak tersebut.

"Walaupun salah penyanyi tapi tak mengapa sebab kakak ini jujur mengakui meminati lagu Eh… sampai jadikan ringtone lagi, saya sangat hargai, " katanya kepada mStar.

Pada Khamis lalu, penyanyi Sissy Imann berkongsi rakaman seorang pemanggil dalam program MHI tersalah menyangka dia merupakan penyanyi lagu Eh.

Rakaman video itu tular di media sosial sehingga menarik perhatian netizen yang turut terhibur dengan gelagat pemanggil berkenaan.

Gara-gara itu, Zizi menerusi Instagram meminta bantuan pengikutnya menjejaki pemanggil tersebut.

"Hi semua… saya mencari kakak Jamaliah yang ada dalam video ni. Tolong hubungi pengurus saya ya!, " tulisnya.

Zizi cari pemanggil bernama Kak Jamaliah.

Sementara itu, Zizi memaklumkan sehingga kini dia masih belum dapat mengesan individu berkenaan.

"Sampai sekarang belum ada info lagi tentang akak tu… saya ada minta bantuan penerbit MHI untuk dapatkan nombor akak tersebut tapi sayangnya mereka tak boleh nak kesan nombor pemanggil.

"Teringin nak bercakap dengan akak itu secara peribadi sebab dia seorang yang sangat ceria dan positif. Mungkin kita boleh buat kawan nanti kan?" ujarnya.

View this post on Instagram

Assalamualaikum.. Hi Kesayangan Sia ! Tolong Gais ! Saya Mencari Akak Jamaliah Yang Ada Dalam Video Ni, Please Contact Manager Saya..😘 📞: +60 12-367 8060 ( Farahrizan )

A post shared by Zizi Kirana (@zizi_kirana) on Oct 1, 2020 at 11:46pm PDT

Sumber : MSTAR ONLINE