Skip to main content
Ustaz Ebit Rasa Sayu, Kongsikkan Beberapa Gambar Pelajar Yang Dihantar Pulang Malam Ini Dan Tindakkan Seterusnya

Isu pelajar terk4ndas ekoran pengumuman 'last minutes' daripada Kementerian Pengajian Tinggi mengenai pengumuman penangguhan pendaftaran secara fizikal untuk semester baharu di intitusi pengajian tinggi telah mendapat perhatian banyak pihak.

Orang ramai telah tampil memberikan bantuan kewangan dan juga penempatan sementara buat mereka kerana memahami kesulitan yang dihadapi.

Nak bantu pelajar

Prihatin dengan nasib pelajar-pelajar, pendakwah muda, Ustaz Ebit Lew telah menyuarakan hasrat membantu pelajar-pelajar tersebut dengan menyewakan bas untuk membawa pulang mereka yang terk4ndas di IPT.

Pelajar2 boleh terus mesej

Menurutnya lagi, mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut diminta untuk terus menghubunginya kerana urusan mendapatkan bas sedang dijalankan ketika itu.

Menerusi hantaran terbaru beliau kongsikan beberapa gambar pelajar yang dihantar pulang malam ini.

Sayyu ramai pelajar mesej saya dari pelbagai universiti.

Disebabkan keadaan semasa yang kelas ditukar semula kepada online. Ramai juga yang baru daftar. Sayu dan kasihan sangat pada mereka semua.

Merekalah pemimpin masa depan. Macam anak kita sendiri. Saya tolong sewakan bas bagi free untuk mereka.

Banyak pelajar yang dm saya. Bas ini ke Pantai Timur dari upsi. Ramai lagi insyaAllah saya akan aturkan dari uitm, uthm, upsi dan banyak lagi.

Yerlah keadaan semasa negara c0vid 19 meningkat dan membimbangkan..Semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalannan adik-adik.

Syukur dapat beri motivasi dan semangat pada pelajar dalam bas yang bergerak tadi. Teringat dulu masa susahh di universiti.

Terima kasih Ustaz Ebit Lew

Perkongsian itu telah mendapat perhatian warganet kerana terharu dengan keprihatian yang ditunjukkan oleh pendakwah tersebut.

Seperti biasa, laman sosial Ebit Lew telah dihujani dengan pelbagai komen daripada netizrnn yang mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan dapat meringankan sedikit bebbnan yang ditanggung oleh pelajar disebabkan isuu tularr semalam.

Sumber : FBEbitLew/OM