Skip to main content
Tular Video Pemandu Cuai U-turn, Remaja Tanggung Derita Limpa Terpaksa Dibuang

Sharing is caring!

Menyaksikan tragedi nahas jalan raya akibat kecuaian segelintir pihak di depan mata adalah pengalaman yang amat menggerunkan. Sama ada melibatkan kecederaan yang serius ataupun tidak, insiden tersebut tetap sahaja boleh meruntun jiwa ramai. Baru-baru ini, tular rakaman CCTV memaparkan sebuah insiden pertembungan di Jalan Suadamai, Kajang.

BACA : Kereta Terbabas Kerana Sabotaj Tabur Minyak, Polis Akhirnya Bongkar Hal Sebenar

Menerusi rakaman tersebut, memaparkan kecuaian seorang pemandu kereta membuat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan. Akibat daripada kecuaian tersebut, pembonceng motosikal terbabit mengalami kecederaan dalaman, manakala penunggangnya cedera ringan. Namun begitu, pemandu kereta terbabit langsung tidak memberi kerjasama sebaliknya terus beredar dari lokasi kejadian.

Tular Video Pemandu Cuai U-turn, Remaja Tanggung Derita Limpa Terpaksa Dibuang 2

Tular Video Pemandu Cuai U-turn, Remaja Tanggung Derita Limpa Terpaksa Dibuang 3

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memaklumkan tiada laporan dibuat kedua-dua pihak pada hari kejadian. Sebaliknya, hanya menerima laporan berhubung insiden tersebut daripada penunggang motosikal terbabit pada 5.16 petang semalam.

Tular Video Pemandu Cuai U-turn, Remaja Tanggung Derita Limpa Terpaksa Dibuang 4

Tular Video Pemandu Cuai U-turn, Remaja Tanggung Derita Limpa Terpaksa Dibuang 5

Tular Video Pemandu Cuai U-turn, Remaja Tanggung Derita Limpa Terpaksa Dibuang 6

Sementara menerusi entri di Facebook, Lee Aziz memaklumkan bahawa anak sulungnya yang merupakan pembonceng motosikal terbabit kini berada dalam keadaan kritikal apabila limpanya terpaksa dibuang. Terkilan dengan kejadian itu, dia menggesa orang ramai bantu mencari pemilik kenderaan tersebut.

Tular Video Pemandu Cuai U-turn, Remaja Tanggung Derita Limpa Terpaksa Dibuang 7Tular Video Pemandu Cuai U-turn, Remaja Tanggung Derita Limpa Terpaksa Dibuang 8

Tular Video Pemandu Cuai U-turn, Remaja Tanggung Derita Limpa Terpaksa Dibuang 9

Sumber : Facebook Lee Aziz, Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!