Skip to main content
Tular ‘Berletiaq’ Tegur Murid Bergomol Dlm Kelas. Guru ini tampil jelaskan situasi sebenar.”Cita dia laguni…”

Memang tidak dapat dinafikan, profesion guru adalah satu pekerjaan yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh mereka memang tiada tolok bandingnya.

Terbaru, seorang guru yang dikenali dengan nama Farrah Norashikin viral kembali selepas videonya 'menegur' para pelajar dalam loghat utara telah menarik perhatian netizen.

Cikgu 'berletiaq'

Punya la nak karang ayat panjang teruih tak jadi sbb aku tak dan boh d fb depa share dulu. Jadi ampe dengarlah sendiri cara-cara nasihat abad 21 ni. Memek muka aku tu wajib kena buat. Dalam nasihat kena ada kecindan supaya tersedaq dari lamunan atau tak berasa hati. Aku cara aku. Aku tak taulah cikgu lain lagumana.

Menerusi satu video yang dimuatnaik Farrah Norashikin Juhari memaparkan dirinya sedang 'berleter' menegur sikap manja segelintir para pelajar masa kini. Lebih mencuit hati apabila melihat mimik muka dan nada suaranya yang ditonjolkan oleh guru itu sangat menarik.

Dalam video berdurasi 5 minit itu, cikgu Farrah mengingatkan para pelajar akan pengorbanannya sebagai seorang guru yang hanya mahukan mereka belajar bersungguh-sungguh dan berjaya kelak. Bukan itu sahaja, kebanyakan para pelajar turut memberi respon dengan nasihat yang diberikan olehnya.

'Terbaik Cikgu Farah'

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara cikgu Farrah menasihati para pelajarnya. Kebanyakan daripada mereka yakin dan percaya bahawa setiap guru mempunyai cara tersendiri dalam menegur dan mendidik pelajar.

Selepas menyedari kisah beliau tular, Cikgu Farrah tampil menjelaskan situasi sebenar di Facebook milik beliau

"Cita dia laguni.kami p bg surat kebenaran utk program susu sekolah kat kelas sebelah yg jarak xsampai 10km pun.Sementara depa pakat2 dok makan time rehat.kebarangkalian utk bergerak bebas mungkin 2% sbb tengah dok mkn kan

"Bila on the way nk mai balik kelas, dr jauh dgr "cikgu farrah mai" ( ada pulak tukang riki depa ingat cikgu xdengar )elok masuk kelas, apa lg… tukang mengacum ni cukup A bab nk repot… sedangkan waktu kami masuk tu seperti tiada apa2 yg berlaku.. tp disebabkan cikgu sejenis yg suka pikir, maka siasatan mula dijalankan dgn soalan2 siapa? bila? mengapa? bagaimana? yg buat sudah mula diam dan yg riki td dh mula susun ayat 

"Sebagai guru fronliner yg telah diberi cuti 2minggu lepas, mula membuak2 nk nasihat dgn konsep berletiaq.cikgu faham anak2 ni dh lama rasa kempunan nak main waktu rehat, nak lepak kantin mkn dgn kawan2, nak main aci ligan, nk ejek kwn sbb nk kwn ligan, mcm2 lg lah tp apakan daya.cikgu pun telah diajar dan diauruh utk jaga hampa supaya ikut SOP, jaga jarak 1 meter, kerap cuci tangan dan mcm2 lg perkara yg cikgu kena habaq dan membiasakan hampa sbg norma baharu hari2 ayat yg sama cikgu kena baca, cikgu kena tegur, cikgu kena ajaq, cikgu kena pesan, supaya semuanya terjaga dan selamat.jadi, utk memudahkan terjemahan kesan jika tak ikut semua yg di atas, pendekatan inilah yg cikgu gunakan supaya mudah difahami… dan terkesan dlm jiwa dan sanubari.

"walaupun cikgu tau harini pesan, esok buat lg ( kanak2 perlu ckp ulang2kali sbb depa bukan xmau dgr tp depa suka dgr  harap paham ) tu yg tanya cikgu ni jahat sgt ka yg xsuka dgr ckp cikgu.. klau dh cikgu xjahat, dgrlah ckp cikgu.. sbb cikgu nk ampe jd budak baik… walaupun kita dh hadam karekter budak berubah2 ikut keadaan.sambil2 kita pesan di sekolah, dlm masa yg sama ada budak yg blik pesan kat mak pak depa pulak di rumah.. betoi kan?! walaupun hakikat sebenaq di sekolah depa berubah watak dan utk makluman semua pembaca karangan pendek ni, murid yg ditegur tu harini bg kat cikgu dia buku nota comey.. mungkin tanda maaf mungkin tanda ambil hati cikgu semula.. mungkin tanda ingat. dan bnyk kemungkin jd di sini, nk habaq la kan, budak2 ni xsimpan pun dlm hati bila kena marah atau tegur atau nasihat bila cikgu berletiaq guna suara kucing tu.. petuanya.dekat hati dgn murid

Sumber: Farrah Nurashikin Juhari