Skip to main content
Tragedi Rope Swing: Wanita Terhempas Atas Batu, Rupanya Penganjur Tiada Permit

Sharing is caring!

Beberapa hari lalu, kecoh di laman sosial mengenai tragedi menimpa seorang wanita sewaktu bermain terjunan 'rope swing' di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Siti Halijah And Rahim dikatakan mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang selepas terjatuh sewaktu melakukan aktiviti tersebut.

BACA : Tragedi Gas Karbon: Alat Pernafasan Dicabut, Begini Keadaan Terbaru Nor Aqilah

Menyerot kronologi tersebut, wanita berusia 33 tahun itu dikatakan tergantung pada ketinggian 10 meter sebelum terhempas di atas dan jatuh ke dalam sungai. Insiden meruntun jiwa terbabit dipercayai berpunca daripada kesilapan teknikal pada kabel yang diikat pada badannya.

Ekoran daripada tragedi meruntun jiwa itu, kerajaan negeri Selangor telah mengarahkan semua aktiviti hayunan tali tinggi dihentikan serta-merta sekali gus mengosongkan kawasan berkenaan. Sementara itu, pihak bertanggungjawab menegaskan bahawa Majlis Daerah Hulu Selongor (MDHS) tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan permit kepada penganjur untuk menjalankan aktiviti berkenaan sejak 2017.

Tragedi Rope Swing: Wanita Terhempas Atas Batu, Rupanya Penganjur Tiada Permit

Tragedi Rope Swing: Wanita Terhempas Atas Batu, Rupanya Penganjur Tiada Permit

Tragedi Rope Swing: Wanita Terhempas Atas Batu, Rupanya Penganjur Tiada Permit Gambar Sekadar Hiasan

Aktiviti lasak itu hanya dibenarkan sehingga pihak berkuasa tempatan mengkaji serta meluluskan peraturan berkaitan di bawah sub program pemurnian pelancongan Selangor. Bagaimanapun, pihak mereka akan terus memantau perkembangan semasa Siti Halijah yang kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Selayang.

Tragedi Rope Swing: Wanita Terhempas Atas Batu, Rupanya Penganjur Tiada Permit

Sumber : Selangor Kini

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!