Skip to main content
Tidur Di Video Call, Umur Sebulan Anak Dayah Bakar Masih Belum Jumpa Ayahnya

Sharing is caring!

Berita mengenai ketabahan Dayah Bakar dalam mengharungi fasa kehamilan anak pertama tanpa ditemai suami di sisi terus meruntun jiwa netizen. Sempat menghantar Kapten Hanif Hamidi ke lapangan terbang pada Januari lalu, siapa sangka detik itu menjadi titik mula mereka hidup berjauhan hampir 9 bulan. Atas tuntutan tugas di Australia beserta halangan wabak COVID-19, suami isteri ini masih belum bertemu semula sehingga sekarang.

BACA : [VIDEO] Dayah Bakar Dedah Wajah Bayi, Suami Mohon Maaf Hampir 8 Bulan Tak Balik

Tidur Di Video Call, Umur Sebulan Anak Dayah Bakar Masih Belum Jumpa Ayahnya

Tidur Di Video Call, Umur Sebulan Anak Dayah Bakar Masih Belum Jumpa Ayahnya

Bahkan ketika pengacara terkenal itu melahirkan bayi sulung bernama Achbar Muhammad Fahri pada 17 Ogos lalu, mereka sekeluarga hanya mampu 'bertentang mata' menerusi video call sahaja. Dengan sokongan daripada ahli keluarga dan orang sekeliling, wanita tabah berkenaan terus menguatkan diri dan percaya bahawa detik kepulangan suaminya pasti bakal menjelang. Sebelum ini juga,  dia sempat meminta para peminat terus mendoakan semoga harapan berkenaan akan menjadi realiti satu hari nanti.

Dalam sebuah foto yang dikongsikan menerusi IG Story Dayah Bakar pada awal pagi tadi, suasana sebak seakan-akan menyelubungi diri kerana si kecil tersebut bersama ayahnya seakan-akan dilihat tidur bersama. Belum pernah lagi menyentuh apalagi mendodoikan anak sendiri, kerinduan lelaki tersebut hanya mampu diluahkan melalui video call sahaja.

Tidur Di Video Call, Umur Sebulan Anak Dayah Bakar Masih Belum Jumpa Ayahnya

Sumber : Instagram Dayah Bakar 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!