Skip to main content
Tertekan Dituduh Mandul Oleh Suami, Akhirnya Mengandung Hasil Benih Lelaki Lain

Sharing is caring!

Wanita mana saja yang tak mahu bergelar ibu, mengandung dan lahirkan zuriat sendiri. Namun apa yang mengecewakan, ada isteri yang belum memperoleh rezeki begini sewenang-wenangnya dilabel mandul termasuklah oleh suami sendiri.

BACA: Kehamilan Ajaib Tanpa Sedar, Wanita Bersalin Sejam Lepas Tau Rupanya Mengandung

Menerusi perkongsian di Twitter, Dr Ahmad pernah diminta oleh seorang wanita berusia 30-an untuk gugurkan kandungannya. Selepas disoal selidik, rupa-rupanya kandungan tersebut merupakan hasil hubungannya dengan lelaki lain dan perkara itu tak diketahui oleh suaminya. Kata kliennya lagi, dia tertekan dituduh mandul gara-gara tak memperoleh sebarang zuriat sepanjang 5 tahun berkahwin walhal suaminya pula tak pernah lakukan pemeriksaan.

Tertekan Dituduh Mandul Oleh Suami, Akhirnya Mengandung Hasil Benih Lelaki Lain 2

Tertekan Dituduh Mandul Oleh Suami, Akhirnya Mengandung Hasil Benih Lelaki Lain 3 Gambar sekadar hiasan

Gara-gara alasan yang diberikan tak munasabah, maka hajat untuk membuang kandungan tersebut tak dapat diteruskan. Sebaliknya kesemua individu itu telah dirujuk kepada pihak kaunselor untuk tindakan lanjut. Dalam pada itu, pakar kesihatan ini turut berpesan kepada orang ramai agar jaga perasaan partner masing-masing.

Tertekan Dituduh Mandul Oleh Suami, Akhirnya Mengandung Hasil Benih Lelaki Lain 4

Tertekan Dituduh Mandul Oleh Suami, Akhirnya Mengandung Hasil Benih Lelaki Lain 5 Gambar sekadar hiasan

Kisah suami isteri tersebut nyata mendapat banyak reaksi dalam kalangan netizen. Walaupun kesalahan yang dilakukan oleh wanita tersebut terang lagi bersuluh, tapi mereka turut berpendapat bahawa suami tak boleh membuat andaian begitu sekali.

Tertekan Dituduh Mandul Oleh Suami, Akhirnya Mengandung Hasil Benih Lelaki Lain 6

Tertekan Dituduh Mandul Oleh Suami, Akhirnya Mengandung Hasil Benih Lelaki Lain 7

Tertekan Dituduh Mandul Oleh Suami, Akhirnya Mengandung Hasil Benih Lelaki Lain 8

Sumber: Twitter Dr_Ahmad_RZ

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!