Skip to main content
Terlalu Ikut Petua Karut, Ibu Picit Puting Bayi Hingga Bengkak-“Mak Yang Suruh”

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, terdapat 1001 pantang larang dan petua orang lama-lama berkaitan penjagaan bayi yang boleh diguna pakai meskipun zaman sudah semakin moden. Namun begitu, ada juga yang secara membuta tuli membuat sesuatu amalan itu tanpa usul periksa. Salah satunya adalah perbuatan memicit puting bayi kecil kononnnya hendak mengeluarkan benjolan yang mengandungi cecair seakan-akan'susu'. Kedengaran tidak masuk akal, bukan? Malangnya, demikianlah hakikat yang masih berlaku di kalangan masyarakat kita sehingga kini.

BACA : Bayi Ajal Sebelum Bersalin, Suami Pasrah Layan Hobi Isteri Kumpul Pokok Indoor

Terlalu Ikut Petua Karut, Ibu Picit Puting Bayi Hingga Bengkak-"Mak Yang Suruh" 2 Gambar sekadar hiasan

Terpanggil membetulkan semula persepsi berkenaan, seorang pakar perubatan bernama Dr Redza Zainol tampil berkongsikan kisahnya sendiri. Beliau pernah bertemu dengan seorang bayi yang asyik menangis sehingga mengganggu kelancaran proses menyusu badan. Apabila diperiksa, ternyata bayi itu umpama menderita kerana ibunya sudah memicit bahagian puting yang ditumbuhi benjolan kecil. Walaupun tidak tahu apakah tujuan sebenarnya, wanita terbabit mengakui hanya menuruti petua daripada ibunya sahaja.

Terlalu Ikut Petua Karut, Ibu Picit Puting Bayi Hingga Bengkak-"Mak Yang Suruh" 3

Terlalu Ikut Petua Karut, Ibu Picit Puting Bayi Hingga Bengkak-"Mak Yang Suruh" 4

Terlalu Ikut Petua Karut, Ibu Picit Puting Bayi Hingga Bengkak-"Mak Yang Suruh" 5 Gambar sekadar hiasan Terlalu Ikut Petua Karut, Ibu Picit Puting Bayi Hingga Bengkak-"Mak Yang Suruh" 6 Gambar sekadar hiasan

Pesan doktor ini, perbuatan berkenaan tidak sewajarnya dijadikan kebiasaan. Sekiranya para ibu terlalu risau dengan keadaan benjolan di puting anak yang semakin membesar, lebih baik untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan bertauliah. Jika pandai-pandai membuat petua sendiri, nescaya bayi sendiri yang akan merana kerana putingnya mengalami bengkak sehingga menyebabkan keradangan.

Terlalu Ikut Petua Karut, Ibu Picit Puting Bayi Hingga Bengkak-"Mak Yang Suruh" 7

Terlalu Ikut Petua Karut, Ibu Picit Puting Bayi Hingga Bengkak-"Mak Yang Suruh" 8 Gambar sekadar hiasan

Sumber : Facebook Dr Redza Zainol & Bel Nawhen

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!