Skip to main content
Terlajak Gurau Pasal Badan, Usop Minta Maaf Pada Sherry Alhadad – “Tak Sengaja”

Sharing is caring!

Malam tadi, telah berlangsung konsert final Big Stage 2020 (BS2020) dengan begitu meriah. Seramai lima orang peserta BBNU berentap bagi merebut gelaran Juara. Seperti pusingan sebelumnya, nama Usop sekali lagi menjadi bualan ramai.

BACA : [VIDEO] Nyanyian 'Bukan Ku Tak Sudi' Cetus Sebak, Usop Juara Big Stage Minggu 4

Siapa sangka, gurauan Usop di pentas akhir program tersebut telah mengundang kemarahan netizen. Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor dikatakan tidak sengaja bergurau mengenai fizikal badan pengacara Sherry Alhadad sekali gus dianggap melakukan 'body shamming'.

Terlajak Gurau Pasal Badan, Usop Minta Maaf Pada Sherry Alhadad - "Tak Sengaja" 2

Terlajak Gurau Pasal Badan, Usop Minta Maaf Pada Sherry Alhadad - "Tak Sengaja" 3

Tidak mahu ia berpanjangan, penyanyi berusia 23 tahun itu membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Twitternya. Dalam pada itu, Sherry memberitahu dia tidak mengambil hati dengan kata-kata tersebut selain menganggap pelantun lagu berjudul 'Aku Yang Bersalah' berkenaan hanya bergurau.

Terlajak Gurau Pasal Badan, Usop Minta Maaf Pada Sherry Alhadad - "Tak Sengaja" 4

Terlajak Gurau Pasal Badan, Usop Minta Maaf Pada Sherry Alhadad - "Tak Sengaja" 5 Terlajak Gurau Pasal Badan, Usop Minta Maaf Pada Sherry Alhadad - "Tak Sengaja" 6

sayang kak sherry ❤️usop minta maaf ok. pic.twitter.com/8eTBPD2cHn

— Usop (@usopnohhh) October 4, 2020

Mendendangkan lagu berjudul 'Arjuna' nyanyian asal Dewa 19 dan 'Peluang Kedua' daripada Nabila Razali, Usop akhirnya dinobatkan sebagai Naib Juara Big Stage 2020 sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000. Manakala, Juara BS2020 pula berjaya direbut oleh Azzam Shah  dan Qody Rany berada di tempat ketiga.

Sumber : Twitter usopnohhh, Instagram bigstageofficial, mStar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!