Skip to main content
Terbaru, Selepas Dr Zulkifli Ada Seorang Lagi Ahli Politik Positif C0vid19

Kuala Lumpur: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunku, Lim Yi Wei positif Covid-19.Adun DAP itu berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling Jaya selepas melakukan ujian saringan kedua pada 2 Oktober lalu.

"Dengan penuh rasa kesal, saya ingin mengumumkan bahawa saya didapati positif Covid-19," katanya dalam satu kenyataan.

Yi Wei berkata, beliau menjalani ujian saringan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan dipakaikan gelang pengawasan sejurus kembali dari Sabah pada 27 September lalu.

Beliau kemudiannya menghubungi PKD Petaling Jaya untuk mengetahui keputusan ujiannya, sebelum didapati negatif serta dipanggil untuk menanggalkan gelang pengawasan berkenaan.

"Malangnya, saya mula mengalami gejala yang berkaitan dengan Covid-19 pada hari berkenaan.

"Berdasarkan saranan PKD, saya menjalankan ujian saringan kedua pada 2 Oktober lalu dan menyambung pengasingan kendiri sehingga saya dimaklumkan keputusannya daripada PKD pada hari ini," katanya.

Yi Wei berkata, pasukannya juga mengamalkan pengasingan kendiri sejak hari pertama kembali dari Sabah dan mereka turut negatif hasil ujian saringan pertama.

Katanya, mereka akan menjalankan ujian saringan kedua dalam tempoh terdekat.

"Saya memohon maaf kepada semua kakitangan Kementerian Kesihatan, sahabat perjuangan dan semua yang terkesan, walaupun semua langkah berjaga-jaga dipatuhi semasa berkempen dan pengasingan kendiri sejak hari pertama.

"Saya juga menyeru semua yang berkontak rapat dengan saya sejak 14 hari kebelakangan ini untuk menjalankan ujian saringan di klinik kesihatan yang terdekat," katanya.

Kredit:HmEtro