Skip to main content
Tak Sanggup Hadap Kenakalan Mencuri, Ibu Buang Anak Usia 8 Tahun Ditepi Jalan

Sharing is caring!

Anak ibarat selembar kain putih kosong, ibu bapalah yang mencoraknya. Apabila si anak membuat kesalahan, kebanyakan orang tua akan memberi hukuman sebagai pengajaran. Adakalanya ia sukar dikawal hingga akhirnya membuatkan mereka berputus asa dan bertindak luar jangkaan seperti kejadiaan yang berlaku di  Indonesia ini.

BACA : "Nurse Menjerit" – Jantung Ibu Terhenti, Terpaksa Czer Selamatkan Bayi 34 Minggu

Menerusi laporan daripada Kompas,  seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditinggalkan ibu bapanya di sebuah stesen minyak bersama sepucuk surat. Dalam kandungan surat tersebut, si ibu memohon maaf kerana tidak sanggup melayan lagi kenakalan anaknya yang suka mencuri.

Tak Sanggup Hadap Kenakalan Mencuri, Ibu Buang Anak Usia 8 Tahun Ditepi Jalan

Tak Sanggup Hadap Kenakalan Mencuri, Ibu Buang Anak Usia 8 Tahun Ditepi Jalan

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berjaket merah itu bernasib baik kerana ditemui orang ramai yang kebetulan melalui kawasan berkenaan. Namun, sebahagiannya mendakwa berlaku penderaan terhadap si kecil terbabit berikutan terdapat beberapa kecederaan di bahagian pipinya.

Tak Sanggup Hadap Kenakalan Mencuri, Ibu Buang Anak Usia 8 Tahun Ditepi Jalan

Tak Sanggup Hadap Kenakalan Mencuri, Ibu Buang Anak Usia 8 Tahun Ditepi Jalan Gambar Sekadar Hiasan

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Polis Pelalawan memaklumkan pihaknya berjaya menghubungi ibu kepada si kecil malang berkenaan. Selain diabaikan, pihaknya juga menyiasat sama ada berlaku penderaan susulan kecederaan dialami. Tegas beliau, meskipun perbuatan kanak-kanak terbabit salah namun mereka tidak seharusnya mengabaikannya.

Tak Sanggup Hadap Kenakalan Mencuri, Ibu Buang Anak Usia 8 Tahun Ditepi Jalan

Tak Sanggup Hadap Kenakalan Mencuri, Ibu Buang Anak Usia 8 Tahun Ditepi Jalan

Tak Sanggup Hadap Kenakalan Mencuri, Ibu Buang Anak Usia 8 Tahun Ditepi Jalan

Sumber : Kompas, Twitter cursedwibu

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!