Skip to main content
“Suka tayang harta” Wartawan terkejut tengok senarai 50 org terkaya di Malaysia.

Negara kecooh apabila berita penagkapan boss Macau Sca4m terbesar rupanya di dalangi rakyat tempatan

Apa yang lebih mengejvtkan, beberapa artis ternama Malaysia turut terpalit sama kerana ada antara mereka turut menerima sebhagian wang h4ram tersebut untuk tujuan perniagaan

Mesti ramai yang nak tahu, siapakah individu-individu tersebut. Katanya, mereka ini sangat terkenal dalam kalangan seIebriti tanah air kita dan menjalani kehidupan yang sangat me-wah

Seorang senior wartawan Syahril A. Kadir tampil mengulas isu tersebut. Berikut tulisan beliau yang kita boleh renungi bersama

Manusia  "Baru Nak Up" Suka Tayang Harta

"AKU perhati je senarai 50 nama orang-orang terkaya di Malaysia menurut data terkini (2020) yang dikeluarkan oleh Forbes.

Nokharam, takdak satu pun nama yang tersenarai di bawah ini terselit nama geng-geng Insta yang suka tayang rumah banglo depa, kereta mewah depa, percutian depa, bini dan awek depa yang seksi meksi semua tu. Kalau ikut gaya tu dah macam kaya-kaya sangat dah!

Hairan betul manusia 'baru nak up' macam geng2 Macau Scam, geng-geng MLM, geng-geng taukeh kosmetik etc ni… bukan main lagi berbangga dok tayang selagi boleh aset yang depa miliki.

Nasib baik belum ada company yang buat spenda dan coli bertatahkan berlian kat Malaysia ni, kalau ada, tu pun depa akan beli, pakai dan tayang kat socmed.

Ini buktinya orang bawa cash dalam plastik hitam. Bukan kad kredit, debit mahupun cek. Shopping, holiday, parti dan joli.

Posted by Raymie Jethro on Monday, October 5, 2020

Apa punya b0doh dok tayang kekayaan kat orang ramai, semua tu 'madu' yang akan menarik perhatian abang-abang LHDN, SPRM, Bank Negara dan PDRM untuk 'menghurunginya'. Apatah lagi bila korang buat kerja haram macam ni.

Ibarat kata korang korek lubang kubur dan korang juga yang tanam diri sendiri.Bingai.

KISAH TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARI

"SAYA pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

"Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah. Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini.

"Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.

"Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

"Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.

"Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.

"Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.

"Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah. " – TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY (Mingguan Malaysia 17 Oktober 2004)

kredit: Syahril A. Kadir