Skip to main content
Suami Mula Dedah Dua Nama Lelaki Yang Nadia Brian Telah Cvrang

Kisah pergolakan rumahtangga pelakon Nadia Brian dan suami Muizz Nasruddin hangat diperkatakan di media sosial. Setelah mengunci mulut,akhirnya Muizz tampil dengan pende-dahan yang mengej-utkan ramai.

Kongsi Di Laman Insta-Story

Menerusi hantaran di Insta-Story nya Muizz telah menunjukkan abjad awalan namanya dan isteri serta abjad dua lagi individu misteri yang didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon itu. Terdahulu, media melaporkan pelakon Aidit Noh kononnya menjadi orang ketiga dan punca keretakan rumahtangga pasangan ini, namun Aidit menafikan dakwaan tersebut.

Tiga Bulan Tidak Sebumbung

Dalam pada itu, menerusi laporan Berita Harian, Muizz sebelum ini juga mendedahkan bahawa mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak hampir tiga bulan yang lalu.

Malah dia turut mengajak Nadia untuk kembali ke rumah mereka namun ditolak oleh isterinya dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah ibunya.

"Kami masih suami isteri, ketika ini. Cuma, saya dan Nadia sudah tidak tinggal sebumbung sejak hampir tiga bulan lalu.

"Saya tak pernah menghalau Nadia keluar pada dari rumah. Malah, saya berkali-kali mengajak Nadia untuk kembali tinggal bersama. Namun, isteri menolak dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah ibunya,"

"Entri saya dalam IG bukan cerita rekaan. Saya memang dihina, dihalau, dikhianati dan dianiayai.

"Saya cuba menghubungi ibu dan keluarganya untuk menyelesaikan masalah antara saya dengan Nadia dengan baik. Namun, semuanya hanya sia-sia.

"Saya sedaya upaya mahu menyelamatkan rumah tangga, tetapi Nadia tidak mahu memberi kerjasama," katanya.

Muizz yang juga seorang ahli perniagaan berkata, dia lebih mengecewakan apabila menerima bukti video kecurangan Nadia yang dihantar oleh seseorang.

"Nadia bukan cVrang dengan seorang, tetapi dua lelaki.

"Saya ada bukti yang cukup. Saya berada dalam posisi yang betul," dakwa Muizz. Ketika ini, di media sosial rata-rata peminat turut meluahkan rasa kasihan melihatkan pada keadaan pasangan ini selain mendoakan agar hubungan mereka kembali pulih seperti sedia kala.

Segelintir daripada netizen pula terus berteka-teki mengenai siapakah individu AN dan AA yang dimaksudkan oleh Muizz. Sebagai info, Muizz dan Nadia telah bernikah pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam.

Nama kena petik, pu-nca rumah tangga Nadia Brian berg0lak. Ini reaksi Aidit

Timbul dakwaan mengatakan Aidit Noh dikatakan menjadi punca perg0lakan rumah tangga Nadia Brian dan suaminya, Muizz Nasruddin, pelakon itu menafi-kan sekera-snya dakwaan tersebut.

Aidit berkata dia tidak tahu menahu tentang perkara itu serta tidak mahu melayan desas desus mengaitkan namanya sebagai orang ketiga hanya kerana mereka bergandingan menerusi drama, Sweetie Nanie.

Saya Tak Tahu Apa-apa

"Saya tak kacau isteri orang. Saya hanya buat kerja. Ini lumrah dunia seni, kami berlakon sahaja. Saya tak tahu apa-apa. Itu m4salah rumah tangga mereka, tidak ada kena mengena dengan saya. Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai pelakon, itu sahaja.

"Lebih baik saya fokus jaga kesihatan dan diri sendiri. Saya tak ada nak jadi orang ketiga atau nak ramp-as isteri sesiapa," katanya kepada Utusan.

Terdahulu, nama aktor itu dikaitkan dengan masalah rumah tangga Nadia selepas suaminya memuat naik gambar serta luahan rasa kece-wa dengan tanda pagar ANvsNB sekaligus mencetuskan persoalan dikalangan netizen.

Bagaimanapun, Nadia berkata itu mungkin suaminya hanya meluahkan rasa isi hatinya dan memohon semua pihak mendoakan kesejahteraan rumah tangganya

Ogos lalu, Nadia menafikan dakwaan rumah tangga yang dibina bersama suami sedang berg0lak ia berikutan pelakon itu tidak lagi memuat naik gambar bersama selepas kali terakhir pada Aidilfitri lalu.

Jelasnya, dia tidak berapa gemar berkongsikan hal peribadi di media sosial. Ujarnya, jika tidak memuat naik gambar bersama tidak semestinya tak bahagia

Sekepas dari itu Perkongsian suami kepada pelakon Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar serta kapsyen berbaur kekec-ewaan.

Menerusi entri itu. Muizz meluahkan perasaan tiada apa yang lebih menyaki-tkan daripada dikhia-nati, dikec-ewakan dan dih-ina oleh orang tersayang

Siapa Aidit Noh? Ahmad Aidit bin Noh atau nama popularnya, Aidit Noh merupakan antara pelakon yang bakal menjayakan drama rantaian terbaharu, Tak Sempurna Mencintaimu. 

Reaksi balas Nadia Brian

Sementara itu Nadia Brian enggan mengulas lanjut berhubung tuduhan suaminya bahawa dia menjalinkan hubungan sulit dengan dua lelaki lain sepanjang perkahwinan mereka.

Jelas Nadia, isu terbabit disifatkan terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

" Saya minta maaf, setakat ini saya tak nak komen apa-apa lagi, ini terlalu peribadi.

" Apapun, doa yang baik-baik, sebab bagi saya, banyak lagi isu yang lebih berat dan penting berbanding kisah kecil saya ini," katanya kepada Gempak.

Tambah Nadia, dia dan suami masih dalam proses perkenalan memandangkan usia perkahwinan mereka masih singkat.

" Saya pun berkahwin sekejap dan proses mengenali itu pun pantas, doakan yang baik-baik," tambahnya menerusi kiriman aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Muizz sebelum ini tampil mengulas situasi terkini rumah tangganya dengan Nadia yang difahamkan sedang retak menanti belah.

Dedah Muizz, isterinya berlaku cvrang bersama dua lelaki dan mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak lebih tiga bulan.