Skip to main content
Suami ‘Main Cinta’ Dengan Member Sendiri, Wanita Tetap Tabah Jaga Bekas Mentua

Sharing is caring!

Kebelakangan ini, terlalu banyak kejadian selingkuh berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Bayangkan selepas bertahun-tahun susah senang hidup bersama, mereka akhirnya dikejutkan dengan khabar meruntun jiwa tentang partner masing-masing. Itulah situasi yang dialami oleh seorang wanita daripada Indonesia ini.

BACA : Bagi Alasan Boleh Nikah 4, Suami Nahas Lepas 'Kantoi' Duakan Cinta Isteri

Baru-baru ini, luahan seorang gadis menerusi akuan TikTok @febbynrd telah mendapat perhatian ramai apabila dia mendedahkan konflik antara ibu bapanya. Bapanya sebelum ini pernah kantoi selingkuh bersama kenalan ibunya sendiri. Malah lelaki berkenaan juga didakwa kurang bertanggungjawab kerana lebih mementingkan skandalnya itu daripada mereka sekeluarga.

Suami 'Main Cinta' Dengan Member Sendiri, Wanita Tetap Tabah Jaga Bekas Mentua 2

Meskipun terkilan dengan tindakan si suami, wanita berkenaan tetap tabah selain tidak menyimpan hati atas segala yang berlaku. Malah hubungannya bersama keluarga mentua tetap akrab walaupun pernah dihina suatu ketika dahulu. Buktinya, ketika bekas mentuanya sedang mengalami masalah kesihatan dia tidak teragak-agak untuk menjaga serta merawat.

@febbynrd

Gakuat ngetiknya ampe nangis kejer, soundnya yg bikin aku nangis atau apa nii 😭 tiktok titip video malaikat tanpa sayapnya aku yaa #semogagafyp

♬ Kamu & Kenangan – Maudy Ayunda – All About Music 🎵

Malah Febby mengakui bahawa dia tetap menyayangi orang tuanya, di samping sering diingatkan si ibu untuk tidak memutuskan silaturahim bersama keluarga sebelah bapa. Tidak sekadar mendapat jumlah tontonan mencecah 300 ribu, malahan kebanyakan netizen memuji dan mengakui kagum dengan sikap wanita ini.

Suami 'Main Cinta' Dengan Member Sendiri, Wanita Tetap Tabah Jaga Bekas Mentua 3 Suami 'Main Cinta' Dengan Member Sendiri, Wanita Tetap Tabah Jaga Bekas Mentua 4 Suami 'Main Cinta' Dengan Member Sendiri, Wanita Tetap Tabah Jaga Bekas Mentua 5

Sumber : TikTok febbynrd

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!