Skip to main content
Suami Gagal Tahan Marah Masa Bertengkar, Anak Isteri Ajal ‘Ditibai ‘ Pakai Besi

Sharing is caring!

Pertengkaran merupakan isu biasa yang akan dialami oleh setiap rumah tangga. Namun dalam berdepan situasi tersebut, kesabaran yang tinggi harus diterapkan supaya pergaduhan kecil tidak melarat teruk sehingga mencetuskan tragedi tidak diingini persis kejadian di Indonesia ini. Melalui laporan daripada portal Tribunnews, seorang suami dikatakan 'naik hantu' dan tergamak mencederakan ahli keluarganya sendiri.

BACA : Lelaki Ada 4 Isteri Tergamak Makan Anaknya Sendiri, Kantoi Lepas 4 Tahun

Bermula dengan sebuah perselisihan faham jam 11 malam tanggal 29 September 2020, lelaki terbabit mengakui bahawa dia gagal menahan amarah sehingga menyebabkan anak gadis berusia 19 tahun beserta isteri menemui ajal di tangannya sendiri. Dia terlebih dahulu memukul wanita berumur 39 tahun berkenaan menggunakan sebatang besi yang dicapai dari depan rumah.

Suami Gagal Tahan Marah Masa Bertengkar, Anak Isteri Ajal 'Ditibai ' Pakai Besi 2

Geram melihat ibunya diperlakukan sedemikian rupa, si anak pula mengambil batu dan 'menghentam' kepala ayahnya untuk melindungi diri. Malang sekali, keberanian itu berakhir dengan tragedi ngeri apabila lelaki tersebut memukulnya kembali dengan besi yang sama sehingga remaja tidak berdosa berkenaan terkorban.

Suami Gagal Tahan Marah Masa Bertengkar, Anak Isteri Ajal 'Ditibai ' Pakai Besi 3

Sudah menjaga cucunya dari kecil, Nenek Ngadinah begitu terkesan dan berharap perbuatan menantu lelakinya itu bakal menerima hukuman setimpal. Apabila melihat si pelaku melakonkan kembali semua adegan tidak berhati perut ketika kejadian, warga emas 60 tahun ini terus meraung dan sukar menelan hakikat pahit terbabit.

Sumber :  YouTube Tribunnews

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!