Skip to main content
Shuib, Siti Sarah Disyaki Terlibat Urusan Wang Haram. Ini Update Dari SPRM

Memetik laporan Utusan Malaysia, pasangan selebriti Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang har-am membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Laporan memberitahu, pasangan itu hadir tengah hari ini ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut.

Menurut sumber, setakat ini sia-satan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.

Sumber berkata, selain pasangan tersebut beberapa individu termasuk selebriti lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil.

"Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan dita-han atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Utusan memaklumkan pihaknya masih dalam usaha mendapatkan pasangan selebriti untuk pengesahan mengenai perkara itu apabila gagal dihubungi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Enggan Mengulas Lanjut

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Hasil tinjaun di IG Shuib,beliau belum mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, sebaliknya masih giat menjalankan promosi perniagaan air milik beliau

Shuib pernah putus asa, tiga perniagaan gagal – "Kurma sampai berulat, kopi pun tak jual!"

PELAWAK Shuib mengakui pernah hampir berputus asa apabila beberapa jenis perniagaan yang diusahakan sebelum ini g4al.

Shuib, 35, bagaimanapun berkata dia tidak menyerah kalah dan terus berusaha meneroka perniagaan lain sehinggalah matlamatnya itu membuahkan hasil.

"Tiga tahun lalu, saya pernah rasa nak give up apabila satu demi satu perniagaan saya g4gal. Bermula dengan bisnes kopi sampai satu tahap produk terlalu banyak tak terjual, nak sedekah pun orang dah tak nak… sudahnya terpaksa buang kerana sudah tarikh luput.

"Selepas itu saya cuba bisnes kurma pun tak menjadi, gagal lagi sampai berulat kurma dan terpaksa dibuang. Cabaran itu memang sangat besar tapi saya kuatkan diri untuk terus mencuba sehinggalah hari ini perniagaan madu.

"Alhamdulillah, perniagaan hari ini mungkin bukan paling berjaya tapi saya dapat rasakan kejayaan itu dan sepanjang tujuh tahun mencuba dalam perniagaan, perjalanan dan pengalaman itu yang paling mahal bagi saya," katanya kepada mStar.

Isteri, Siti Sarah menjadi tulang belakang kejayaan Shuib.

Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad ditemui semasa majlis penyampaian anugerah Malaysia Prestigious Industry Award 2019 (MPIA) yang berlangsung di Putrajaya Marriot Hotel, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Shuib dianugerahkan Prestigious Leader In Retail Chain & Lifestyle Industry menerusi perniagaan madu, Bee Factory yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

Pesanan saya kepada yang nak mulakan bisnes, jangan putus asa dan ingatlah pengalaman itu lebih mahal harganya daripada kejayaan yang kita akan capai nanti! Selain Shuib, beberapa selebriti lain seperti Datuk Ramli MS, Datuk Yusof Haslam, Datuk Hans Isaac, Datuk Alha Alfa, Erra Fazira dan Zara Zya turut menerima anugerah masing-masing menerusi kategori berbeza.

Ditanya kunci kejayaannya dalam menguruskan perniagaan, suami kepada penyanyi Siti Sarah Raissuddin ini memberitahu dia mengamalkan bacaan surah al-Waqiah serta memperbanyakkan amalan bersedekah dalam kehidupan.

Shuib menerima anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohamad Akin (dua dari kiri) disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Organisasi Pengarah Syarikat Malaysia (MOCAD), Datuk Seri Dr Ibrahim Ahmad (kiri sekali) dan Pengerusi Penganjur, Datuk Mohd Ali Abdul Majis (kanan sekali).

"Setiap awal pagi dan malam mendengar surah tersebut, sebab saya percaya kita bukan orang yang hebat tapi Allah hantarkan orang lain yang lebih hebat itu kepada kita.

"Sebelum ini, kita ingat boleh buat semua benda, tapi ada suatu masa kita rasa putus asa dan tak boleh pergi. Cumanya bila Allah hantar orang-orang yang hebat pada kita, ia naikkan semangat.

"Pesanan saya kepada yang nak mulakan bisnes, jangan putus asa dan ingatlah pengalaman itu lebih mahal harganya daripada kejayaan yang kita akan capai nanti!," ujarnya.

Shuib hadiah Siti Sarah jam tangan Rolex

PELAWAK dan penyampai radio, Shuib menghadiahkan jam tangan mewah jenama Rolex berharga ribuan ringgit kepada isterinya yang juga penyanyi, Siti Sarah sempena ulang tahun kelahiran yang ke-36.

Shuib berkata, hadiah terbabit adalah pemberian paling mahal pernah diberikan kepada Sarah sepanjang perkahwinan mereka.

"Hampir 10 tahun usia perkahwinan, saya tak pernah lihat Sarah memakai jam tangan apatah lagi mengenakan aksesori di tangan seperti wanita lain. Namun, sejak kebelakangan ini saya nampak dia sudah mula minat dengan aksesori seperti gelang. Jadi, terdetik di hati saya untuk menghadiahkan jam tangan.

"Saya juga ingin menghargai Sarah sebagai isteri dan ibu yang baik serta memberi ganjaran kepadanya kerana perniagaan yang dijalankannya semakin membuahkan hasil.

"Tahun lepas saya hampir minta dia tutup perniagaan yang dijalankan tapi tahun ini dia berjaya buktikan perniagaan yang diusahakan mencapai sasaran yang memberi keuntungan berganda," katanya ketika ditemui di majlis kejutan hari lahir Sarah di sebuah hotel di Subang Jaya, malam tadi.

Sementara itu, Sarah mengakui dia bukan wanita materialistik dan tidak pandai memakai barangan mahal.

"Saya terkejut dengan hadiah ini. Saya sendiri tak pandai memakai barangan mahal. Kalau orang tak suruh beli saya takkan beli. Maksudnya kalau beli pun selepas mendapat nasihat orang lain.

"Saya memang tak pandai memakai aksesori sejak kecil lagi. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Shuib kerana dia menghargai saya dengan cara ini. Shuib adalah hadiah paling bernilai untuk saya sepanjang perkahwinan ini dan saya berharap kasih sayang kami akan kekal sehingga ke akhir hayat," katanya.

Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

SUMBER UTUSAN ONLINE