Skip to main content
Setelah Diajukan Banyak Soalan Berkaitan Geng ScamMacau, Shuib Akhirnya Tampil Buka Mulut Ceritakan Apa Yang Sebenarnya Terjadi

Sebelum ini pelawak, usahawan dan juruhebah radio terkenal, Shuib, disahkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Difahamkan, beberapa individu lain termasuk artis juga dipanggil SPRM berkaitan kegiatan pengubahan wang haram.

Sebelum ini juga Shuib pernah mengakui terdapat pihak yang seolah-olah berasa kurang senang dengan kehidupan yang dilaluinya kini.

Menurut Shuib, lebih terkilan apabila pihak berkenaan merupakan orang yang tergolong dalam kalangan individu yang sering berada di sekelilingnya.

"Tak semua orang suka kalau kita berjaya. Kawan kita pun tak semua yang suka. Tapi itulah hukvm alam, adat dalam berbisnes.Bila kita berada di bawah orang mencucuk-cucuk, bila kita berada di atas, ada yang nak jolok-jolok, nak suruh jatuh," katanya.

Shuib berkata demikian ketika diminta menjelaskan maksud satu entri berbaur rasa kecewa terhadap seseorang yang dikongsikan menerusi satu entri di Instagram Story baru-baru ini.

Biarpun kecewa dengan sikap individu tersebut, kata Shuib dia memilih untuk memend4m sahaja hal berkenaan kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya suka simpan sendiri. Ada benda lebih baik simpan sahaja sebab saya bukan suka berg4duh.Biarlah Allah buat kerja, kita rileks sahaja sebab lambat laun orang itu akan sedar yang dia tak patut buat begitu," katanya.

Shuib juga buat luahan jelaskan keadaan sebenar setelah ramai yang menghentamnya mengatakan dia terlibat dengan scam macau secara tidak langsung. Shuib memberitahu bahawa perniagaannya tiada kaitan langsung dengan scam itu atau pengubahan wang haram. Dia juga meminta orang ramai doakan untuknya dan anggap semua ini sebagai cabaran.

Ikuti perkara sebenar dan luahannya dalam video dibawah ini.

Pasangan suami isteri Shuib dan Siti Sarah memberi jaminan memberi kerjasama penuh kepada SPRM untuk membantu siasatan kes berkenaan.Segalanya sudah pun hampir selesai dan berharap Shuib dan perniagaanya terus maju.

Sumber:IGShuib,  Artikel By:AwatttsyeikhhNetwork