Skip to main content
“Seriusla Dia Pegang?” – Gadis Nyaris Meroyan, Tudung Dihinggap ‘Tetamu Lembik’

Sharing is caring!

Sama seperti lipas, kehadiran 'tetamu tak diundang' seperti cicak, lipas dan tikus pasti boleh buat kita semua berasa geli-geleman kan? Selain berasa tak selesa, hakikatnya haiwan perosak sebegini turut mengundang risiko masalah kesihatan gara-gara faktor kebersihan. Malah kita pun boleh jadi tak keruan sekiranya kesemua haiwan itu muncul di tempat yang tak terduga seperti yang dialami gadis dari Indonesia ini.

BACA: Pelanggan Jumpa Cicak Dalam Kari,Tapi Tuan Kedai Buat Tak Tahu

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sahaja ada seekor cicak melekat pada tudung gadis yang berkaca mata tersebut. Kemunculannya nyata membuatkan pelajar tersebut sangat tak selesa dan beberapa kali teriak apabila gagal menghalaunya. Namun apa yang menjadi perhatian adalah dia tetap berani untuk memegang dan alihkan sendiri reptilia tersebut dari bahagian kepala. Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya cicak tersebut berjaya ditemukan sebelum dicampak ke atas lantai.

@rakharamadann

Rasanya anjim bgt🤣🤣 hahaha #fypシ #foryoupage #viral #fyp #WinWithASmile

♬ Dominique Koplo – yofve squidward

Secara keseluruhannya, video terbabit telah jadi viral dengan meraih lebih 2.6 juta tontonan di aplikasi TikTok. Selain geli untuk melihat apalagi memegang cicak seperti itu, rata-rata netizen juga berseloroh boleh naik meroyan atau pengsan jika berada dalam situasi sama.

"Seriusla Dia Pegang?" - Gadis Nyaris Meroyan, Tudung Dihinggap 'Tetamu Lembik' 2

"Seriusla Dia Pegang?" - Gadis Nyaris Meroyan, Tudung Dihinggap 'Tetamu Lembik' 3

"Seriusla Dia Pegang?" - Gadis Nyaris Meroyan, Tudung Dihinggap 'Tetamu Lembik' 4

Sumber: TikTok rakharamadann & Twitter nadzminadam

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!