Skip to main content
Semalam catat 432 kes baharu, hari ini lebih mengejutkan

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan berkenaan keadaan semasa Covid-19, pada pukul enam petang ini.

Perutusan itu akan disiarkan secara langsung di Facebook dan juga saluran televisyen RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Hari ni Malaysia mencatatkan pertambahan 691 jumlah kes baru

Terkini. 6 Okt. Kes baharu #COVID19 hari ini 691 kes – 688 tempatan, 3 import.

Lebih separuh kes hari ini iaitu 394 dari Kluster Tembok, Kedah (penjara) dan 219 kes dari zon-zon merah di Sabah.

4 kematian baharu – Sabah (3), P. Pinang (1).

Buat masa ini, Malaysia dalam perintah kawalan pergerakan pemu-lihan (PKPP) yang berkuatkuasa sehingga 31 Disember ini.

Negara menyaksikan kenaikan mendadak kes Covid-19 sejak bulan lalu, dengan keadaan kian membu-ruk sejak minggu lalu.

Rekod kes harian tertinggi dipecahkan tiga kali dalam masa seminggu, dengan jumlah kes baru semalam merupakan jumlah tertinggi dengan 432 kes.

Pada 2 Oktober, sebanyak 287 kes positif dilaporkan, menjadikannya kes tertinggi sejak 4 Jun.

Keesokannya pula, iaitu pada 3 Oktober, sebanyak 317 kes baru dilaporkan.

Selain itu, semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad disahkan positif w4bak itu, membuatkan pihak berkuasa mengadakan ujian terhadap menteri dan pegawai tinggi kerajaan yang turut menyertai mesyuarat yang dihadirinya pada Sabtu lalu.

Dua Adun Selangor, iaitu Lim Yi Wei (Kampung Tunku) dan Shatiri Mansor (Kota Damansara) turut disahkan pos-itif.

Dr Noor Hisham jalani kuar-antin kendiri di rumah

Ketua Pengarah Kesi-hatan Dr Noor Hisham Abdullah kini menjalani kuar-antin kendiri di rumahnya.

Bahagian Komunikasi Korporat kementerian itu mengesahkan kepada media bahawa Noor Hisham tidak akan mengadakan taklimat berkenaan Covid-19 di Putrajaya pada jam 5.30 petang ini.

"Laman Facebook Kementerian Kesihatan akan melakukan siaran langsung PC DG hari ini pada jam 5.30 petang dari rumahnya tanpa kehadiran media," kata seorang wakil Komunikasi Korporat KKM.

Mereka meminta agar pihak media menyiapkan sebarang pertanyaan untuk dikirim kepadanya.

"DG akan menjawab soalan-soalan yang sesuai," kata wakil itu.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga diarahkan oleh Kementerian Kes-ihatan menjalani kuar-antin kendiri dan menjalankan tugas dari rumah.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Cov-id-19.

Muhyiddin sebelum ini mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dihadiri Zulkifli pada 3 Okt lalu.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz antara mereka yang duduk berdekatan Zulkifli pada ketika itu.

Kalau anda terlepas…

3 kemungkinan selepas 'Langkah Anwar' Anggota kabinet lain yang hadir termasuk Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba; Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali; Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan, Radzi Jidin.

Antara pegawai tertinggi kerajaan yang hadir dalam mesyuarat itu termasuk Dr Dr Noor Hisham; Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang.

Noor Hisham berkata, semua individu yang merupakan kontak rapat dalam mesyuarat tersebut dikeluarkan perintah HSO selama 14 hari bermula 3 Okt dan diarah memakai gelang kuar-antin.

Individu lain dalam mesyuarat itu yang bukan kontak rapat juga diminta memantau kesihatan diri dari rumah menggunakan aplikasi MySejahtera.

HSO berkenaan akan tamat pada 16 Okt.

Nabi ajar pulang dari kawasan wab4k, kua-rantin diri sendiri – Asri

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar pihak yang tidak melakukan kuarantin kendiri setelah pulang dari tempat yang berlaku pen-ularan w4bak.

Asri antara lain merujuk kepada mereka yang pulang ke semenanjung setelah berkempen dalam pilihan raya negeri Sabah yang berjalan di saat peningkatan kes Covid-19 di sana.

Dia berkata, meskipun penyakit dan kesembuhan sebahagian daripada takdir, Allah menempatkan sebab musabab bagi setiap kejadian dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) adalah salah satu sebab yang boleh mengelakkan Covid-19.

"Kawasan w4bak jangan dimasuki. Jika sudah masuk, wajib kuarantin diri. Itu SOP yang diajar oleh Nabi Muhammad dan dipersetujui oleh sekalian manusia tanpa mengira agama.

"Jika ada yang tidak patuh, maka akan menjadi mangsalah mereka yang patuh dan sekalian mereka yang menjaga segala peraturan yang ada," katanya di Facebook hari ini.

Untuk rekod, ujian saringan di lapangan terbang bagi mereka yang pulang dari Sabah hanya bermula pada 27 September.

Mereka yang terlibat perlu menjalani kuarantin di rumah sehingga mendapat keputusan.

Sekiranya negatif, mereka tidak lagi perlu menjalani kua-rantin tetapi dinasihatkan untuk menghabiskan tempoh kuarantin 14 hari.

Asri turut menye-lar keputusan ramai ahli politik, termasuk dari pihak kerajaan, untuk turut menyertai kempen PRN di Sabah.

Dia mendakwa ia menimbulkan kebim-bangan di kalangan kakitangan kerajaan yang berisiko terdedah kepada Covid-19 apabila berurusan dengan mereka.

"Persoalan kita, perlukah semua orang politik ke sana? Perlukah semua menteri, semua kepimpinan parti, semua yang berjawatan dalam parti turut serta? Cacatkah kempen tanpa mereka?

"Itu belum lagi jika ada yang bertanya, peruntukan terbang ke sana dan penginapan serta pergerakan, di bawah tanggungan kerajaan atau sendirian?" soalnya.

Meneruskan kritikannya, dia juga membangkitkan pemimpin yang menurutnya tidak berfungsi di semenanjung, tetapi tetap terlibat dalam PRN tersebut.

"Jika ini masalah peribadi mereka dan parti sahaja tidaklah mengapa. Namun, ia telah menjadi masalah rakyat…Nak ke pejabat pun kita sudah bi-mbang," katanya lagi.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad menjadi anggota kabinet pertama yang disahkan pos-itif Covid-19.

Justeru menteri lain dan pegawai tinggi kerajaan yang menyertai mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut dihadirinya pada 3 Oktober lalu telah diarahkan menjalani kuara-ntin kendiri.

Sejumlah Adun juga telah disahkan positif Covid-19, iaitu Nor Hayati Bachok (Maharani), Lim Yi Wei (Kampung Tunku) dan Shatiri Mansor (Kota Damansara).