Skip to main content
Selepas Menteri Agama, Dr Zulkifli Positif C0VlD19. PM Muhyiddin Yasin Keluarkan Kenyataan Ini Tentang Apa Yang Akan Terjadi

Tan Sri Muhyiddin Yassin kini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediamannya, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menghadiri mesyuarat bersamanya disahkan positif COVID-19.

Perdana Menteri memberi jaminan, langkah itu tidak mengganggu urusan pentadbiran kerajaan kerana beliau akan terus bekerja dari rumah dan menggunakan sidang video bagi mengendalikan mesyuarat yang perlu dipengerusikannya.

"Pada 3 September 2020 (Sabtu lalu), saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

"Untuk makluman, Zulkifli disahkan positif jangkitan COVID-19 hari ini dan kini menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban, Negeri Sembilan.

"Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjalankan ujian saringan pengesanan COVID-19 ke atas semua ahli dan urus setia mesyuarat terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata, berdasarkan penilaian risiko dilakukan oleh KKM, mereka yang dikenal pasti kontak rapat ketika mesyuarat itu diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari bermula bermula 3 Oktober dan dipakaikan gelang pengawasan.

Jelasnya, ahli mesyuarat yang bukan kontak rapat pula dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bermula tarikh sama sehingga 16 Oktober ini dan memantau status kesihatan kendiri menerusi aplikasi MySejahtera.

"Sehubungan itu, saya akan menjalani kuarantin kendiri di kediaman saya selama 14 hari mengikut nasihat yang diberikan oleh KKM.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, saya juga melakukan ujian saringan pengesanan COVID-19 setiap dua minggu sejak April lalu dan semua ujian itu disahkan negatif.

"Selain itu, saya melakukan tiga ujian pengesanan COVID-19 dalam tempoh tiga minggu lalu iaitu pada 22, 26 dan 29 September lalu dan didapati negatif," katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE