Skip to main content
Selepas Gangguan Talian Celcom Yang Hampir 1 Hari. Ini Ganjaran Yang Akan Diberikan Kepada Pengguna Dari Pihak Celcom

Pengguna rangkaian Celcom di beberapa kawasan sedang menghadapi gangguan perkhidmatan untuk data dan suara berikutan masalah teknikal yang dihadapi penyedia rangkaian berkenaan.

Menerusi satu kiriman daripada akaun rasmi Celcom menyatakan bahawa pihaknya berdepan dengan masalah gangguan teknikal.

"Pengguna rangkaian kami di beberapa lokasi seluruh negara sedang menghadapi gangguan bekalan untuk perkhidmatan suara dan data.

"Ini kerana rangkaian kami sedang berdepan dengan masalah gangguan teknikal dan kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan gangguan berkenaan dalam masa terdekat," katanya.

Sebelum itu, pengguna rangkaian berkenaan menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap penyedia rangkaian berkenaan apabila didakwa gangguan itu bermula sejak pagi tadi.

Ganjaran Untuk Pengguna Atas Masalah Dihadapi Hari Ini

GAMBAR hiasan. FOTO Bloomberg

Celcom tidak akan mengenakan sebarang caj ke atas penggunaan data dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam hari ini, sebagai ganjaran kepada pelanggan kerana bersabar berdepan masalah teknikal yang dihadapi sekitar jam 3 petang tadi.

Celcom berkata, pihaknya meminta maaf atas masalah teknikal yang berlaku di mana pelanggan tidak dapat membuat panggilan dan tiada sambungan internet.

"Semua perkhidmatan kembali seperti biasa sejak 6 petang tadi.

"Penggunaan data untuk kuota yang diperuntukkan kepada pelanggan, tidak akan dipotong dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam ini," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Sekitar jam 3 petang tadi, pengguna Celcom di kebanyakan kawasan menghadapi masalah rangkaian dan membuat panggilan berikutan masalah teknikal.

Bukan Celcom Sahaja Yang 'Down'

Sumber : HMETRO ONLINE