Skip to main content
Selamba Kumur Air Minuman Depan Suami, Perangai ‘3 Suku’ Ain Edruce Bikin Dekah

Sharing is caring!

Siapa yang tak kenal dengan selebriti tinggi lampai bernama Ain Edruce ini? Terkenal dengan perangainya yang 'masuk air', hos utama 'Immortal Songs' ini dilihat semakin bahagia di samping suami tercinta Amirul Hafiz Mustaffa.

BACA : "Sebenarnya Lelaki Caring Masih Wujud, Tapi Wanita Sekarang Asyik Tengok Muka"

Terbaharu, menarik perhatian ramai sepotong video pendek memaparkan gelagat Ain bersama suami. Menerusi rakaman tersebut, kedua-dua mereka dilihat begitu 'asyik' mengupas isu berkenaan pelakon Amerul Affendi yang dikatakan ditolak oleh stesen TV tempatan gara-gara pengikut di laman sosialnya sendu.

Selain respon diterima, babak di mana Ain berkumur di hadapan Amirul juga tidak kurang lucunya. Ketika pelakon berusia 30 tahun itu mahu meneguk air, si suami lantas persoalkan tentang minumannya. Sebaik sahaja ditegur, Ain kemudian bertindak mengumur air kosong tersebut sebelum menghulur bakinya kepada Amirul. Melihat perangai 'tak senonoh' si isteri, ahli perniagaan berkenaan cepat-cepat memberi reaksi menjengkelkan.

sumpah la lawak sial si ain ni eeyyy😂😂@ainedruce pic.twitter.com/UeVW9GALvO

— umisyahirah (@umisyhrh_) October 7, 2020

Dikongsi semula oleh pelayar Twitter @umisyhrh, klip video berdurasi kurang daripada seminit itu berjaya meraih lebih 200 ribu tontonan. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan terhibur menyaksikan gelagat 'masuk air' suami isteri ini.

Selamba Kumur Air Minuman Depan Suami, Perangai '3 Suku' Ain Edruce Bikin Dekah 2

Selamba Kumur Air Minuman Depan Suami, Perangai '3 Suku' Ain Edruce Bikin Dekah 3

Selamba Kumur Air Minuman Depan Suami, Perangai '3 Suku' Ain Edruce Bikin Dekah 4

Sumber : Instagram ainedruce, Twitter umisyhrh_

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!