Skip to main content
Sayang Nak Pecah Cermin Kereta Baru, Bayi Terkunci Ajal Depan Mata Bapa Sendiri

Sharing is caring!

Walaupun sudah banyak nyawa diragut, tetapi kejadian seperti ini sering berlaku gara-gara kecuaian ibu bapa. Lebih-lebih lagi, perkara ini sering melibatkan golongan yang helpless seperti kanak-kanak kecil dan juga bayi.  Situasi seperti itulah yang berlaku di Las Vegas, Amerika Syarikat.

BACA: [VIDEO] Dibuang Tepi Jalan Masa Bayi, Kini Membesar Dengan Kacak-Strong Boy

Walau bagaimanapun, si kecil tersebut sepatutnya dapat diselamatkan dengan lebih awal. Namun dek kerana sifat pentingkan diri sendiri si ayah yang lebih sayangkan keretanya, kanak-kanak itu terperangkap di dalam kenderaan tersebut dengan agak lama. Terdahulu, lelaki berkenaan meminta bantuan beberapa anggota polis untuk mengeluarkan anaknya.

Sayang Nak Pecah Cermin Kereta Baru, Bayi Terkunci Ajal Depan Mata Bapa Sendiri 2 Gambar Hiasan

Pihak polis tersebut telah meminta si ayah untuk memecahkan sahaja cermin keretanya atau pun memanggil trak tunda. Akan tetapi, lelaki berkenaan menolak kerana tidak mempunyai wang untuk membaiki cermin ataupun membayar kos menunda kenderaan kesayangannya itu.

Sayang Nak Pecah Cermin Kereta Baru, Bayi Terkunci Ajal Depan Mata Bapa Sendiri 3 Gambar Sekadar Hiasan

Memandangkan si bapa tidak dapat memberi jalan penyelesaian munasabah, pihak berkuasa bertindak memecahkan terus cermin keretanya. Malangnya bayi perempuan berkenaan gagal diselamatkan selepas terperangkap lebih satu jam. Ayahnya kemudian telah ditahan atas dakwaan mengancam nyawa bayinya sendiri.

Sayang Nak Pecah Cermin Kereta Baru, Bayi Terkunci Ajal Depan Mata Bapa Sendiri 4

Sumber: Sinar Harian

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!