Skip to main content
“Saya Tak Pernah Halau Dia Dari Rumah” -Suami Nadia Brian Akhirnya Buka Mulut

Sharing is caring!

Sekitar Ogos lalu, rumah tangga pelakon Nadia Brian dan juga suami Muizz Nasruddin dikatakan sedang bergolak. Andaian itu dikuatkan lagi setelah suaminya memuat naik satu posting di laman Instagram seolah-olah meluahkan isi hati berkaitan hubungan mereka berdua. Kemelut perkahwinan kedua-duanya seakan terjawab apabila lelaki itu akhirnya membuka mulut dalam satu temubual.

BACA: "Selingkuh Ini Pilihan" -Puteri Sarah Seolah Beri Bayangan Kemelut Rumah Tangga

Menerusi laporan Berita Harian, Muizz mengakui dia dan isterinya sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak hampir tiga bulan lalu. Lelaki ini menyangkal dakwaan dirinya telah menghalau wanita itu keluar umah malah sudah berkali-kali mengajaknya untuk kembali tinggal bersama.

"Saya Tak Pernah Halau Dia Dari Rumah" -Suami Nadia Brian Akhirnya Buka Mulut 2

"Saya Tak Pernah Halau Dia Dari Rumah" -Suami Nadia Brian Akhirnya Buka Mulut 3

Selain itu, ahli perniagaan tersebut juga sudah sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan yang dibina sejak November 2019 namun menemui jalan buntu. Lebih mengecewakan apabila dia turut menerima video si isteri bermain kayu tiga yang dikirim seseorang. Bukan itu sahaja, Nadia dikatakan bukan sahaja selingkuh dengan dua lelaki.

"Saya Tak Pernah Halau Dia Dari Rumah" -Suami Nadia Brian Akhirnya Buka Mulut 4

"Saya Tak Pernah Halau Dia Dari Rumah" -Suami Nadia Brian Akhirnya Buka Mulut 5

Menjengah ke laman Instagram milik lelaki tersebut, dia dilihat memuat naik satu (IG) story seakan memberi bayangan awal individu yang dikaitkan dengan isterinya itu. Walau bagaimanapun, sehingga kini pelakon drama 'Titian Takdir' berkenaan enggan mengulas lanjut perkara tersebut kerana dianggap soal peribadi.

"Saya Tak Pernah Halau Dia Dari Rumah" -Suami Nadia Brian Akhirnya Buka Mulut 6

Sumber: Facebook Berita Harian & Instagram Muizz Nasruddin

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!