Skip to main content
“Saya Nak Sangat Ada Anak Lagi” -Nabila Huda Terkilan Keguguran Buat Kali Kedua

Sharing is caring!

Pada April tahun lalu, pelakon terkenal Nabila Huda pernah mengalami keguguran setelah hampir 4 tahun menunggu bagi perkahwinan keduanya bersama Mohd Izwan. Setelah hampir setahun sembuh kembali daripada kejadian berkenaan, wanita itu diuji sekali lagi apabila menerima perkhabaran yang sama 2 hari lalu.

BACA: Nangis Rumah Diceroboh Pencuri, IG Story Nabila Huda Buat Fizz Fairuz Panik

Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram (IG) Story, artis wanita berkenaan dilihat sebak selepas mengumumkan berita tentang kegugurannya untuk kali kedua. Dia mengakui sangat menginginkan cahaya mata sulung untuk perkahwinan keduanya itu. Saat melalui bleeding yang agak teruk, selebriti tersebut sangat takut untuk mengetahui keadaan kandungannya.

"Saya Nak Sangat Ada Anak Lagi" -Nabila Huda Terkilan Keguguran Buat Kali Kedua 2

Walau bagaimanapun, firasat itu bertukar menjadi kenyataan setelah disahkan oleh doktor. Selebriti yang mesra disapa Abil juga mengatakan dirinya sangat terkilan dengan kejadian berkenaan dan turut sedih melihat suaminya yang sudah menunggu lama.

"Saya Nak Sangat Ada Anak Lagi" -Nabila Huda Terkilan Keguguran Buat Kali Kedua 3

Walaupun masih terkesan, artis wanita berkenaan tetap akur dan reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Abil turut memaklumkan sekarang dirinya dalam keadaan stabil di rumah dan meminta semua orang supaya tidak risau akan keadaannya.

"Saya Nak Sangat Ada Anak Lagi" -Nabila Huda Terkilan Keguguran Buat Kali Kedua 4

Sumber: Instagram Nabila Huda 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!